Written by Bella | August 1st, 2019

Pelakon Afiq Muiz iaitu abang kepada Aishah Azman menerusi akaun Instagramnya memberikan reaksi terhadap kontroversi yang melibatkan adiknya itu baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagramnya, Afiq menyelar tindakan individu yang telah mengasari adiknya, meluahkan rasa geram atas apa yang berlaku.

Afiq turut tidak ketinggalan memberi amaran kepada mana-mana lelaki yang ingin memperisterikan Aishah.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan kontroversi seorang pelakon lelaki yang dilaporkan membelasah bekas tunangnya kerana berang dituduh menjalin hubungan songsang. Netizen mula membuat spekulasi sendiri mandakwa individu yang dimaksudkan ialah Syafie Naswip memandangkan dia baru sahaja memutuskan pertunangan dengan Aishah.

Written by Bella | July 25th, 2019

Baru-baru in, pelakon Syafie Naswip mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pelakon baharu, Aishah Azman sudah terlerai.

Aishah ketika dihubungi pihak media berkata, dia buat masa ini memerlukan masa untuk bersendirian dan tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai perpisahan mereka.

Buat masa ini, saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah SWT berikan itu. Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja.

Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya.

Terdahulu, Syafie berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat atas persetujuan bersama selepas berdepan dengan dugaan berat. Bagaimanapun, Syafie menegaskan ikatan pertunangan yang putus itu bukan disebabkan orang ketiga dan pihak keluarga.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu dan merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 23rd, 2019

Baru sahaja bertunang pada April lalu, perancangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian selepas Syafie mengakui mereka sudah putus tunang.

Bukan disebabkan orang ketiga atau masalah keluarga, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama. Dugaan bertunang terlalu berat untuk mereka berdua.

Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini. Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan.

Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin? Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya.

Mereka dipercayai sudah tidak mengikuti Instagram masing-masing selain memadam foto bersama. Walaubagaimanapun, Aishah buat masa ini tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita putus tunang itu.

Syafie dan Aishah sebelum ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak