January 7th, 2015

Menarik sungguh artikel mengenai drama tempatan di TheAntDaily yang baru Abang Nara baca sebentar tadi. Di kala adegan bercium di dalam drama/filem Barat ditapis, jalan cerita drama tempatan yang membenarkan isteri pergi bercuti dengan kekasih hati di Bali sehingga mengandung diluluskan pula oleh pihak yang bertanggungjawab. Ia seolah-olah menunjukkan perkara ini adalah satu norma masyarakat dan pastinya akan memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak yang menonton drama sebegini.
suamiku encik sotong Seorang ibu bernama Julieza Ibrahim melahirkan rasa prihatinnya dengan jenis-jenis drama yang sedang dipertontonkan untuk tontonan rakyat Malaysia di kaca televisyen. Kata Julieza:-

Jika anda ingin menyemai nilai positif kepada belia Malaysia, adakah drama sebegini yang akan tayangkan? Saya tidak mahu anak saya menonton program seumpama ini.

Berdasarkan hukum Islam, seorang lelaki dan wanita yang tidak berkahwin boleh ditangkap ‘khalwat’ tetapi di dalam drama Melayu, ia ditunjukkan seolah satu perkara biasa yang berlaku hari-hari yang dibenarkan.

Apakah yang sedang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem? Adakah ini nilai yang ingin kita semaikan kepada anak-anak kita? Anda bercerita mengenai pembuangan bayi tetapi di masa yang sama anda tunjukkan drama seorang wanita berkahwin yang mengandungkan anak lelaki lain.

Orang muda tertarik akan drama sebegini. Adakah program sebegini yang kita mahu mereka tonton? Mereka mungkin beranggapan apa yang ditayangkan adalah budaya dan ia adalah ‘cool’ dan ‘betul’ untuk dilakukan.

Anda haruslah mempraktikkan apa yang diajar. Sudah tentu Islam membenarkan hiburan, tetapi ia sepatutnya hiburan pada jalan yang betul. Kenapa tidak ditayangkan drama dengan nilai yang lebih positif?

Menarik bukan kata-kata daripada seorang ibu ini? Abang Nara memang dah perhatikan lama dah drama-drama Melayu ini (drama negara lain pun lebih kurang serupa). Jalan cerita mesti sama. Kahwin paksa, lahir anak luar nikahlah, isteri garang tak hormat suami, suami macam dayus dan macam-macam lagilah yang kebanyakan nilai negatif. Jarang dapat tengok drama Melayu yang bagus-bagus. Mungkin jalan cerita sebegini yang digemari oleh penonton drama tanah air.
suamiku encik sotong Apa pun menurut penerbit eksekutifnya drama Suamiku Encik Sotong iaitu Zetty Alia, akan ada pengajaran yang bakal disampaikan di dalam 10 episod terakhir drama ini. Untuk makluman, Suamiku Encik Sotong mempunyai 20 episod. Kata Zetty menerusi Mstar Online:-

Sekarang kita baru tengok episod 10 bersiaran, ada 10 episod lagi yang akan ditayangkan yang mana episod seterusnya akan menampilkan nilai pengajaran.

Kami tidak membuat drama ini untuk menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat, setiap adegan yang tidak baik akan diberi pengajaran pada akhirnya nanti.

Tak kan kita buat drama yang tiada pengajaran kepada masyarakat. Bagi saya penonton perlu tonton hingga akhir baru menilai drama ini

suamiku encik sotong

Sama-samalah kita nantikan pengajaran yang bakal diselitkan kelak. Apa pula pendapat anda mengenai drama-drama tempatan sekarang ini? Banyak yang bernilai positif atau negatif? Sila kongsikan di ruangan komen.

December 9th, 2014

Isu troli berisi beberapa tin arak di dalam sebuah gambar yang dibawa oleh Sharnaaz Ahmad sememangnya menjadi topik perbualan hangat sehari dua ini. Tin arak berjenama Asahi ini telah menimbulkan persoalan ‘milik siapakah tin-tin itu’ di kalangan para peminat dunia hiburan. Ramai yang membuat andaian positif dengan menganggap Sharnaaz membelinya untuk krew-krew bukan beragama Islam. Untuk makluman, Sharnaaz dan beberapa pelakon lain kini berada di Jepun untuk penggambaran drama Suamiku Encik Sotong.

asahi sharnaaz ahmad

Diminta memberi penjelasan oleh Mstar Online, Sharnaaz Ahmad tidak merungkaikan misteri pemilik tin arak itu sebaliknya menganggap isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya. Malah bagi Sharnaaz isu tersebut langsung tidak menjejaskan dirinya.Kata Sharnaaz:-

Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan? Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.

Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu

Sharnaaz Ahmad turut menggunakan Twitter untuk melahirkan rasa terkilannya mengenai isu ini.

asahi sharnaaz ahmad
asahi sharnaaz ahmad

Walaupun begitu, persoalan utama mengenai pemilik tin arak itu tidak terjawab. Mungkin ia memang hal yang tidak penting dan tak perlu dibicarakan. Semoga lain kali lebih berhati-hati ketika memuatnaik sebarang gambar supaya tidak timbul kontroversi murahan sebegini. Mata rakyat Malaysia ini memang tajam lain macam. Tak gitu?

P.S: Bekalan RON97 kembali normal minggu depan

December 8th, 2014

Satu gambar menunjukkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di Jepun. Sekali pandang memang tidak ada yang tidak kena dengan gambar ini, namun apabila di zoomkan si satu bahagian, troli Sharnaaz mengandungi pek tin minuman.


 photo 105057gofz1xjojmk1kx0pjpgthumb.jpg
Ini mendorong  Netizen bertanya milik siapakah pek tin tersebut, yang dikatakan merupakan pakej tin beer jenama Asahi yang terkenal di Jepun.


 photo 105057gofz1xjojmk1kx0pjpgthumb1.jpg

Perkara ini mula dibincangkan di beberapa forum Internet. Kedua-dua pelakon ini dikatakan berada di jepun untuk penggambaran drama ‘Suamiku Encik Sotong’.


 photo L001_4792.jpg

Mungkin Sharnaaz ada penjelasan yang logik tentang perkara ini? Bersama kita ikuti penjelasannya nanti. Buat masa ini, spekulasi sememangnya bertebaran di Internet.

November 28th, 2014

Demam Amar Baharin dan Izreen Azminda nampaknya masih tidak kebah lagi. Mereka masih lagi dikaitkan antara satu sama lain walaupun kedua-duanya telah mengaku hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan. Abang Nara memahami hati para peminat yang mahu mereka bercinta. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Muka pun ada iras-iras. Orang kata muka seiras ini maksudnya ada jodoh yang kuat.

amar baharin

Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Amar Baharin ketika ditemuramah oleh MalaysianDigest ini memang lain macam juga sebenarnya. ‘Baik’, ‘comel’, ‘takut jatuh cinta’ dan beberapa lagi perkataan yang kalau anda seorang wanita, pasti akan cair mendengarnya. Kata Amar:-

Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini. Sebenarnya, kami berjumpa kembali selepas sebulan apabila masing-masing sibuk dengan penggambaran.

Kami jarang berjumpa tetapi jika ada kelapangan, kami keluar setakat minum kopi. Kami sering juga berkongsi tentang masalah atau hal peribadi tetapi tidak semua kami kongsi apatah lagi lebih pada hal kerja.

Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan.

Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu ‘control’. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal. Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila

amar baharin

Memang selalu terjadi kawan baik akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih dan akhirnya menjadi suami isteri. Mungkin satu masa nanti hal seumpama ini akan terjadi kepada Amar Baharin dan Izreen. Siapa tahu kan? Apa pun janganlah kita selaku peminat mengharap lebih-lebih. Kalau dah tertulis jodoh antara mereka, pasti akan ke jinjang pelamin jua. Tak gitu?

P.S: Parasit 8 sentimeter dalam kepala kanak-kanak