September 20th, 2018

Kontroversi penghasilan lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna semakin hari semakin hangat diperkatakan. Sudah banyak sekali teguran yang dibuat mengenai lagu yang didakwa berunsur lucah dan merosakkan minda masyarakat.

Antara yang begitu lantang dan sememangnya tidak pernah menyokong lagu tersebut yang bertentangan dengan ajaran Islam ialah PU Amin. Sebelum ini, beliau pernah meluahkan juga rasa sedih dan kesal apabila budak sekolah agama juga turut terikut-ikut dengan tarian Bobo Dimana dan membuat aksi ‘soft porn’.

Mungkin sudah tidak tahan beberapa kali ditegur dengan tegas oleh PU Amin, hari ini Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video luahan perasaan mempersoalkan tugas seorang pendakwah.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dalam nada yang agak berang, Aliff berkata adakah kerja PU ini hanya untuk mengecam dan mengutuk dirinya selain mencari publisiti murahan kerana tiada ‘job’.

Video tersebut menarik perhatian ramai termasuklah Sajat, Luna dan Safiey Illias. Ketiga-tiga mereka turut mengkritik PU Amin.

Rata-rata netizen yang menonton luahan Aliff pula agak kecewa dengan tindakan jutawan itu yang dianggap keterlaluan dan langsung tidak boleh ditegur. Buat netizen, mengapa Aliff ingin melatah sedangkan apa yang berlaku adalah kerana dirinya sendiri.


Kalau tidak mahu dikecam janganlah lakukan sesuatu perkara yang mengundang fitnah. Ada kalanya kita perlu rendahkan ego dan menerima setiap teguran dengan baik. Apa pula komen anda mengenai isu ini?

September 14th, 2018

Kuasa viral dan media sosial zaman ini memang besar, meskipun lagu Bobo Dimana mendapat banyak ‘dislike’ dan dikecam netizen, ramai juga masyarakat kita yang rancak sekali membuat parodi dan terikut-ikut dengan gaya tarian lagu tersebut.

Terbaru, pendakwah bebas, PU Amin mengakui terkejut dan rasa terkilan apabila kanak-kanak bersekolah agama juga turut terpengaruh dengan tarian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna itu.

Lebih mengecewakan, ada yang beraksi ghairah ala ‘soft porn’ dihadapan budak perempuan lain.

Mungkin ada yang memandang isu ini agak remeh tetapi seperti yang kita semua tahu budak-budak memang penuh dengan rasa ingin mencuba dan mudah menyerap sesuatu. Janganlah terus menyokong lagi aksi tidak senonoh ini, tentu sahaja ia satu perkara yang cukup membimbangkan buat ibu bapa diluar sana.