Written by Bella | July 31st, 2019

Pelakon Sofi Jikan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah, tahun lalu.

Sofi diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain dan turut diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir terhadap Sofi Jikan atau nama sebenarnya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Terdahulu, pada 13 Februari 2018, Sofi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11 – nor delta-9 tetra hydrocannabinol-9)  ke dalam badannya. Sofi disahkan positif dadah jennis ganja oleh bahagian narkotik ibu pejabat polis Petaling Jaya pada 11.15 malam 6 Februari tahun lalu.

Sumber Berita & Foto : Harian Metro

Written by Bella | February 13th, 2018

Ditahan reman selepas positif dadah jenis ganja pada 6 Februari lalu, pelakon Sofi Jikan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah tersebut dalam badannya. Pertuduhan itu dibaca di hadapan majistret, Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi.

Sofi yang diwakili peguamnya, Datuk Hanif Hassan kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy, Sofi didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan. Mahkamah menetapkan tarikh 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Sumber Berita : mStar Online