Ditahan reman selepas positif dadah jenis ganja pada 6 Februari lalu, pelakon Sofi Jikan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah tersebut dalam badannya. Pertuduhan itu dibaca di hadapan majistret, Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi.
Sofi yang diwakili peguamnya, Datuk Hanif Hassan kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy, Sofi didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan. Mahkamah menetapkan tarikh 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Anonymous
February 23, 2018 at 6:54 pm
Sekarang trend artis masuk jail ke?
PB
February 15, 2018 at 1:41 am
Berbeza sungguh polis yang membawa Farid Kamil dengan polis membawa Sofi Jikan. Yg satu Serius muka, yg satu senyum lebar muka. Yg satu pegang pimpin tangan, yg satu jalan selamba. Aku rasa macam…….
MAK JEMAH
February 14, 2018 at 8:43 am
hmmmm, kalau da berak tepi jalan , ko nak ngaku?
haaaa lu pk sndri
ikan
February 14, 2018 at 8:03 am
seronok dapat gambar dgn retis yeee abam pulis.. ah sudah sapa pulak yg bersalah memasukkan ganja dalam badan sopi ni oi? baik ngakuuuuuu
Anonymous
February 14, 2018 at 6:34 am
Bagus ikutlah style Fk nanrti lapor polis siapa yg sabotaj bubuh dadah tu… boleh polis tangkap lagi….
ikan
February 14, 2018 at 8:04 am
mgkin sopi masuk kat fk, fk masuk kat sopi. so masing2 tak bersalah.