March 21st, 2018

Perkongsian Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang memuat naik foto mesra bersama pelakon Puteri Aishah dengan kapsyen ingin meluangkan masa bersama mencetuskan tanda tanya tentang status sebenar hubungan mereka berdua.

Kemesraan Puteri Aishah dan SM Faisal jelas menarik perhatian ramai yang mendoakan dan berharap “percintaan” mereka ini dapat ke fasa yang lebih serius.

Walaubagaimanapun, menerusi portal Harian Metro, Puteri Aishah nafi beliau mempunyai hubungan istimewa dengan ahli perniagaan tersebut.

Kami tidak ada hubungan istimewa tetapi saya selesa mengenali dirinya. Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu. Kami juga jarang berjumpa kerana saya sibuk dengan penggambaran drama manakala Faisal pula selalu bekerja di luar kawasan. Tidak ada apa nak disorokkan. Setiap gambar atau video yang dimuat naik hanya atas dasar kawan. Sebab itulah kami berani memuat naik gambar dan video keluar bersama.

SM Faisal merupakan seorang duda anak tiga. Beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama Emilia Hanafi pada tahun 2002 dan sah bercerai sekitar tahun 2016.

Sumber Berita : Harian Metro

December 29th, 2015

Tahun ini bukan sahaja Stacy yang menerima kecaman apabila meraikan perayaan Krismas tetapi pengacara Marion Caunter juga turut terpalit dengan hal yang sama apabila beliau dikritik di laman sosial kerana memuat naik foto yang menunjukkan beliau menyambut perayaan tersebut bersama ahli keluarganya baru-baru ini.

Enggan perkara tersebut berpanjangan, Marion menerusi akaun Instagramnya telah menjelaskan sebab mengapa beliau menyambut Krismas.

Buat Marion yang sebelum ini membesar selama 29 tahun sebagai penganut Katolik dan memeluk Islam ketika berkahwin dengan SM Nasarudin,  bukan bermakna beliau harus berhenti menyambut perayaan tersebut . Marion mahu anak-anaknya juga merasa kemeriahan Krismas.

Malah, beliau yang juga mempunyai darah kacukan Cina ini turut meraikan sambutan tahun baru Cina kerana menghormati hubungan bersama keluarga beliau.

Cuba sekali sekala anda memandang sesuatu perkara itu daripada sudut yang positif, lagipun Islam tidak pernah menggalakkan seorang Muslim untuk memutuskan hubungan bersama keluarga.

October 7th, 2013

Tidak lama lagi Marion Caunter akan melahirkan anak kedua dari perkahwinan dengan SM Nasaruddin SM Nasimuddin. Sudah menjadi trend selebriti Malaysia yang terkini untuk mengadakan majlis ‘baby shower’, dan sudah pasti Marion sekeluarga dan si comel Leia Rose tidak ketinggalan.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Majlis baby shower Marion ini dilaksanakan semalam dengan menampilkan tema harimau bintang atau ‘Leopard’ dan warna merah jambu. Dari dekorasi tempat, makanan sehingga ke pakaian tetamu adalah mengikut tema ini. Apa yang menarik, SM Nasaruddin turut mengenakan sneakers tema harimau bintang yang direka oleh Christian Louboutin.

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Instagram Marion dan Instagram SM Nasaruddin.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

.

June 17th, 2013

Tahniah kepada pasangan Marion Caunter dan suaminya SM Nasaruddin kerana bakal menimang cahaya mata kedua. Berita ini diumumkan sendiri oleh Marion di laman Instagram miliknya sebentar tadi dengan gambar yang menunjukkan dirinya dengan baby bump yang semakin kelihatan.

marioncaunterYup! Leia Rose is gonna be a big sister :) @smnasarudin and I are thrilled and feel so blessed. Pls keep us in your prayers for a smooth and safe journey.

Pasangan ini telah berkahwin pada 16 Disember 2010 dan telah memiliki cahaya mata pertama iaitu Leia Rose Caunter. Semoga kehamilan Marion dipermudahkan dan selamat menyambut kelahiran bayi kedua dari kami di BeautifulNara.com