December 29th, 2015

Tahun ini bukan sahaja Stacy yang menerima kecaman apabila meraikan perayaan Krismas tetapi pengacara Marion Caunter juga turut terpalit dengan hal yang sama apabila beliau dikritik di laman sosial kerana memuat naik foto yang menunjukkan beliau menyambut perayaan tersebut bersama ahli keluarganya baru-baru ini.

Enggan perkara tersebut berpanjangan, Marion menerusi akaun Instagramnya telah menjelaskan sebab mengapa beliau menyambut Krismas.

Buat Marion yang sebelum ini membesar selama 29 tahun sebagai penganut Katolik dan memeluk Islam ketika berkahwin dengan SM Nasarudin,  bukan bermakna beliau harus berhenti menyambut perayaan tersebut . Marion mahu anak-anaknya juga merasa kemeriahan Krismas.

Malah, beliau yang juga mempunyai darah kacukan Cina ini turut meraikan sambutan tahun baru Cina kerana menghormati hubungan bersama keluarga beliau.

Cuba sekali sekala anda memandang sesuatu perkara itu daripada sudut yang positif, lagipun Islam tidak pernah menggalakkan seorang Muslim untuk memutuskan hubungan bersama keluarga.


Comments are closed.

Loading...