February 15th, 2019

Kontroversi skandal pelakon Zul Ariffin bersama dengan wanita Ukraine dikenali sebagai Tanya Glembotska sehingga hari ini menjadi tanda-tanya.

Banyak khabar angin mengatakan mereka ini memang mesra bersama dan mempunyai hubungan istimewa tetapi sehingga sekarang Zul masih berdiam diri enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menurut Zul, semuanya sudah pun jelas di mata orang awam mengenai dirinya dan Tanya, jadi tidak perlu untuk beliau membuat sebarang kenyataan. Masyarakat sudah mampu menilai sendiri apa yang mereka lihat.

Orang di luar sudah boleh berfikirlah. Saya tak perlu buat kenyataan rasmi berkenaan perkara itu. Saya tak tahu nak kata apa, mungkin macam sesetengah orang di Malaysia yang menggunakan panggilan tertentu dalam satu perhubungan. Sayang, baby, you, I. Orang nak gelar apa pun suka hati dialah.

Saya tak nak cakap dia syok sendiri. Apa yang saya boleh cakap, saya tak nak denied this and that, orang kat luar boleh menelah perkara itu tetapi apa yang ada sudah cukup jelas. Anda tak akan dapat sebarang kenyataan rasmi daripada saya. Apa yang anda tengok, anda pun tahu. Sudah ada di situ, jadi tengoklah!

Zul dikenali sebagai seorang yang tidak gemar bercerita tentang kisah peribadi dan percintaannya dengan umum tetapi daripada apa yang beliau katakan macam mereka berdua memang ada hubungan. Terpulanglah, asalkan tuan empunya badan bahagia. Kan?

Sumber Berita : Astro Gempak

January 15th, 2019

Baru-baru ini, nama pelakon Zul Ariffin sekali lagi menjadi perhatian apabila gadis Ukraine yang dikenali sebagai Tanya Glembotska memanggil Zul sebagai ‘husband’. Tentu sekali ia mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan mengatakan aktor itu sudah berkahwin secara senyap.

Walaupun Zul sudah menafikannya, isu ini masih lagi hangat diperkatakan. Pelbagai foto dan video Tanya tersebar di media sosial dan tidak kurang juga kecaman yang dilemparkan kepadanya.

Terbaru, Tanya menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir orang Islam. ‘Berterima kasih’ kepada pihak yang telah memalukannya sebelum ini.

Pada masa yang sama, beliau sempat menyindir sebuah akaun Instagram popular yang sering menyebarkan kontroversinya bersama Zul.

Mendedahkan dirinya sedang mendalami Islam, rata-rata netizen menasihati Tanya untuk mencari seorang lelaki yang betul-betul boleh membimbingnya.

Posting yang dimuat naik oleh Tanya turut mendapat tanda ‘like’ daripada Zul. Apa agaknya status sebenar hubungan mereka? Adakah kemesraan yang ditampilkan hanya sekadar teman tapi mesra? Hmm..