November 4th, 2013

Sebelum ini kecoh dunia hiburan tanah air apabila seorang lelaki telah tampil dengan pengakuan yang pelakon lelaki popular, Adi Putra, atau nama sebenarnya Mohd Hadi Putera Halim, 32, telah menghantar mesej lucah melalui aplikasi telefon Whatsapp kepada isterinya.

Semalam, wartawan Zubir Bipop telah menulis di Berita Harian Ahad dalam sisipan Bipop yang lelaki tersebut yang bernama Amiruddin Osman, 56, juga tampil semula untuk memberikan pendapatnya mengenai khabar yang mengatakan Adi telah berjumpa dengan individu berpengaruh untuk meminta bantuan bagi kesnya digugurkan.

Saya terdengar cerita Adi ada bertemu seseorang minta bantuan individu berkenaan untuk menggugurkan kes beliau. Tapi, saya yakin pihak berwajib akan menjalankan tugas mereka dengan telus. Saya dimaklumkan kertas siasatan berhubung kes ini sudah disiapkan, begitu juga keputusan laporan forensik.

Menurut lelaki itu, isterinya yang bernama Nooraida Abdul Mutalib, 30, dikenali oleh pelakon itu melalui laman perkongsian foto Instagram Aidaannefasha

Namun, saya hairan mengapa Adi menafikannya, walhal dia sendiri mengaku dengan saya beliau mengenali Nooraida. Ketika mereka mula berkenalan, Nooraida sudah memaklumkan mengenai status dirinyanya sebagai isteri, sebaliknya Adi tidak mengendahkannya.

Malah Adi terus menggoda isteri saya. Bagi saya nak ‘nakal’ boleh, tapi jangan kacau isteri orang! Isteri saya mengaku, dia teruja apabila seorang artis popular seperti Adi ‘melayannya’.

Amiruddin turut berharap yang Adi akan dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat.

Sebelum ini isu skandal Adi ini seolah-oleh telah sejuk dengan timbulnya kontroversi artis lain seperti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, namun minggu ini isu ini timbul semula. Bersama kita nantikan apakah hasil siasatan pihak polis berhubung kes yang menggemparkan ini.


Anda yang berbakat dalam bidang muzik dialu-alukan menyertai Ekspresi Muzik 2013 anjuran JKKN Melaka pada 23 November 2013 di Kompleks JKKN Melaka. Hadiah menarik menanti anda!

Berminat? Hubungi Milla di 06-2331787 untuk keterangan lanjut.

Advertisement
September 9th, 2013

Minggu lalu industri hiburan digemparkan dengan dakwaan skandal Adi Putra dengan seorang wanita yang merupakan isteri seseorang. Setelah sekian lama berdiam diri, Adi Putra hari ini tampil menerusi Harian Metro memberikan kenyataannya. Ternyata Adi sedikit sebanyak tertekan dengan kontroversi dan dugaan yang melanda dirinya ini.

adi putra

Adi Putra juga menafikan dia melarikan diri sebaliknya tindakannya berdiam diri adalah untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan. Kata Adi:-

Saya turut tertekan dengan masalah dan kontroversi yang menghimpit ini kerana saya juga manusia biasa serta tidak sempurna. Saya bukan melarikan diri, namun memilih berdiam bagi memberikan peluang kepada polis yang menjalankan siasatan kes itu.

Saya juga tidak akan membuka aib orang dan disebabkan itu saya rasa belum tiba masanya untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya menghormati undang-undang.

adi putra

Bagi Abang Nara, langkah yang diambil oleh Adi Putra amat bijak kerana tidak lagi menghangatkan suasana. Apa pun, respek Abang Nara bertambah kepada Adi dan isterinya kerana saling menyokong antara satu sama lain di dalam keadaan sebegini. Kata Adi lagi:-

Namun begitu, saya bersyukur kerana mendapat sokongan padu isteri, keluarga serta rakan selain perkara ini tidak menjejaskan karier kerana saya percaya rezeki di tangan Tuhan.

Saya juga memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan sudah ke sebuah balai polis ditetapkan untuk memberi keterangan. Biar polis yang menjalankan siasatan dan selepas selesai siasatan itu, barulah saya membuka mulut bagi menjelaskan perkara ini.

Untuk makluman anda, pihak polis kini masih menunggu laporan hasil siasatan terhadap telefon bimbit milik Adi Putra dan wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengannya. Sama-samalah kita nantikan keputusan siasatan tersebut.

P.S: Realiti bahan api diesel di Malaysia

Advertisement
September 6th, 2013

Hati seorang isteri sememangnya mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi jika si suami dikaitkan mempunyai skandal dengan seorang wanita lain. Memang kepercayaan terhadap suami akan diuji ketika ini. Itu sebabnya Abang Nara respek kepada isteri Adi Putra, Aida Yusof yang tidak pernah meragui diri suaminya.

aida yusof

Kata Aida Yusof kepada Berita Harian:-

Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya.

Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan.

aida yusof

Di saat sebeginilah, seorang suami memerlukan sokongan 100% daripada isterinya. Inilah ranjau kehidupan hidup berumahtangga lebih-lebih lagi jika si suami adalah seorang selebriti popular. Semoga Aida dan Adi tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.

iklanP.S: Tercari-cari produk pakaian wanita yang menawan dan menarik serta berkualiti tinggi? Aafiya Collection adalah jawapannya. Harganya mampu milik dan design-designnya up to date. Layari segera www.aafiyacollection.blogspot.com. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

Advertisement