September 9th, 2013

Minggu lalu industri hiburan digemparkan dengan dakwaan skandal Adi Putra dengan seorang wanita yang merupakan isteri seseorang. Setelah sekian lama berdiam diri, Adi Putra hari ini tampil menerusi Harian Metro memberikan kenyataannya. Ternyata Adi sedikit sebanyak tertekan dengan kontroversi dan dugaan yang melanda dirinya ini.

adi putra

Adi Putra juga menafikan dia melarikan diri sebaliknya tindakannya berdiam diri adalah untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan. Kata Adi:-

Saya turut tertekan dengan masalah dan kontroversi yang menghimpit ini kerana saya juga manusia biasa serta tidak sempurna. Saya bukan melarikan diri, namun memilih berdiam bagi memberikan peluang kepada polis yang menjalankan siasatan kes itu.

Saya juga tidak akan membuka aib orang dan disebabkan itu saya rasa belum tiba masanya untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya menghormati undang-undang.

adi putra

Bagi Abang Nara, langkah yang diambil oleh Adi Putra amat bijak kerana tidak lagi menghangatkan suasana. Apa pun, respek Abang Nara bertambah kepada Adi dan isterinya kerana saling menyokong antara satu sama lain di dalam keadaan sebegini. Kata Adi lagi:-

Namun begitu, saya bersyukur kerana mendapat sokongan padu isteri, keluarga serta rakan selain perkara ini tidak menjejaskan karier kerana saya percaya rezeki di tangan Tuhan.

Saya juga memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan sudah ke sebuah balai polis ditetapkan untuk memberi keterangan. Biar polis yang menjalankan siasatan dan selepas selesai siasatan itu, barulah saya membuka mulut bagi menjelaskan perkara ini.

Untuk makluman anda, pihak polis kini masih menunggu laporan hasil siasatan terhadap telefon bimbit milik Adi Putra dan wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengannya. Sama-samalah kita nantikan keputusan siasatan tersebut.

P.S: Realiti bahan api diesel di Malaysia


Comments are closed.

Loading...