Written by AbangNara | September 5th, 2013

Ini satu berita yang amat mengejutkan. Memang sukar untuk dipercayai. Adi Putra kini di bawah siasatan polis selepas seorang lelaki mendakwa pelakon ini melakukan skandal dengan isterinya. Si suami mendakwa hubungan mereka berdua bermula sejak hujung bulan Julai dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

skandal adi putra

Menurut dakwaan, pada mulanya Adi Putra dan si isteri hanya sekadar berbalas mesej cinta sebelum bertambah berani sehingga memberikan mesej dan bertukar gambar lucah menerusi WhatsApp. Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan Adi Putra dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.

adi putra

Namun begitu, Adi Putra juga turut sama telah membuat laporan polis terhadap si suami kerana menerima ugutan yang boleh mengganggu keselamatan dirinya dan keluarga. Kes masih lagi disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan) dengan kerjasama sepenuhnya daripada Adi Putra.

adi putra

Sukar untuk Abang Nara percaya dengan dakwaan terhadap Adi Putra ini. Selama ini Adi memang mempunyai imej yang bersih. Mungkinkah dakwaan sebegini sengaja diadakan untuk menjatuhkan nama dan reputasi Adi Putra yang sedang memuncak sekarang ini? Sama-samalah kita nantikan keputusan siasatan oleh pihak polis.

P.S: RON97 naik 15 sen seliter mulai hari ini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

124 responses to Dakwaan Skandal Dengan Isteri Orang, Adi Putra Disiasat Polis

  1. Audrey Hepburn says:

    Betul ke yang lelaki tu Ady Putra? Confident bukan penyamar? Unless pernah dating, that man can be anybody.

  2. anakmalaysia says:

    Ala…ape yg herannya. Adi ni cume artis je. Yg terang2an org alim, tabligh & pak haji lagi pun bila berchatting mintak nak tengok kita punya anu. Seriously……not kidding. Tu lah selagi dinamakan lelaki dgn perempuan. Aku percaya bende ni terjadi, tak ade yg mustahilnya. Dunia akhir zaman…

  3. Mungkin cubaan nak jatuhkan dia kot.

  4. Zain Sardin says:

    Teruknya pompuan tuh dah ada laki pun sanggup kacau laki org. Mmg dasar pompuan gersang murahan pastu nak salahkan lelaki yg terus melayan, ntah2 dia yg mintak Adi hantar pic angrybird dia tuh so si mamat bangang ni pun tanpa pikir kesan jangka panjang teruslaa hantar kat whatsapp, bodohnyerrr

  5. faeza aziz says:

    aku rase org tu menyamar jadi Adi Putra ermmm

  6. mana gamba alat sulit adiputra says:

    mana gamba alat sulitnyaa?? napa taknak tunjuk kat sini. nak tengok juga

  7. Datin says:

    Kami, isteri isteri orang Akan Serbu panggong menonton KLG2. Yesssssss Adi we love u muackkkk

  8. Nyek says:

    Maaf la kahwin dengan orang yang berusia ini LAH jadinya umur 30 husband 56 lepas tu sibuk ber scandal DGN lelaki muda like my MAM SAID KALAU kita tak bagi titi untuk ORG lelaki berjalan dia tak akan meniti. Titi maksudnya Jambatan . Kahwin kerana duit nafsu ORG muda dapat suami tua .

  9. Joe says:

    Pergh Adi putra ade nafsu..kalu aku pun, tgk skandal dia..cun..ini komen tanpa cover2 baik…perempuan yg dah kawin kompom x suka…compare wife dia, dgn skandal…hahaha…org agama pangakat tertinggi pun, tgk nenen terjojol, body baik, muka cun…cair juge…xde salah skandal, adi putra pun x tahan tgk beb.

  10. LYN says:

    hmm.aku bukan la peminat fanatik AP tp aku xrase die akn buat mcm tu.. kalau die nak buat pn,agak kurang bijaklah die nak gunekan name adi putra terang terangan…zaman teknologi makin canggih…aku pun boleh menyamar jadi adi putra…fikir2 kan…

  11. […] membaca ruangan Zubir (ruangan favourite Abang Nara) di BiPop semalam. Seperti yang anda ketahui, kes Adi Putra dengan seorang isteri orang kini masih lagi di dalam siasatan polis. Menariknya apabila Zubir mendakwa bahawa kononnya Adi telah bertemu dengan seorang individu […]