Written by Irsa | November 20th, 2019

Sepanjang tahun 2019 ini, banyak betul kisah mengenai pergolakan rumah tangga artis tempatan. Walaupun semasa awal perkahwinan mereka nampak bahagia tapi siapa sangka hubungan itu pincang pada akhirnya.

Antara kes penceraian yang sedang ‘panas’ dan mendapat perhatian ramai ialah di antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Lelaki itu dikatakan tidak mahu bercerai walaupun isterinya itu telah pun menfailkan kes tersebut di mahkamah.

sharnaaz ahmad dan noor nabila

Jika anda masih ingat, seorang lagi selebriti lelaki yang dikenali menerusi filem ‘Paskal’ iaitu Ammar Alfian turut dibelenggu dengan masalah penceraian sejak pertengahan tahun ini. Isterinya iaitu Nelissa Neezam telah menggemparkan netizen apabila dia mendedahkan bahawa suaminya itu curang meskipun dia sedang hamil 6 bulan.

Baru-baru ini, Ammar telah memberikan sokongan kepada rakan baiknya, Sharnaaz Ahmad melalui laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

The two REALEST baddest mofos in the industry. We’ve known each other since 2008 and acted as best friends in Tari Tirana. We’ve been brothers since. We’ve been through ups and downs of the industry – got kicked and used but here we are still standing, still fighting. Both of us have gone through the same situation in our personal lives, but Allah knows that both of us are fighters aswell as survivors. He knows we can handle the pain and the challenge. My brother I’ll always have your back like u have mine. Goodluck for your new movie. After your movie I will see u in JEB THE MOVIE & PASKAL 2. Let’s show em AGAIN what we’re made of!!! . . . #therealbmf #bilanagajumpaharimau #realrecognizereal

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Dia mengimbau kembali hubungan persahabatan mereka yang terjalin sejak tahun 2008 menerusi drama ‘Tari Tirana’.

Kami telah lalui jatuh bangun dalam industri. Dibuang dan dipergunakan tapi kami masih berdiri, masih lawan.

Dia juga menambah bahawa kedua-dua mereka juga kini sedang mengalami masalah peribadi yang sama, mungkin merujuk kepada isu penceraian bersama pasangan masing-masing.

Tapi Allah tahu kami adalah fighter dan survivors. Tuhan tahu kami boleh terima kesakitan dan ujian ini.

Aku sentiasa ada untuk kau dan sebaliknya. Goodluck untuk filem baru kamu dan selepas itu, kita jumpa di Jeb The Movie dan Paskal 2. Kita tunjuk siapa kita sebenarnya.

Kedua-dua lelaki ini nampaknya berkongsi kesedihan yang sama. Cuma bezanya Sharnaaz dan Noor Nabila masih lagi dalam proses penceraian tetapi bagi Ammar Alfian dan Nelissa Neezam pula, mereka masih lagi berkahwin tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

ammar alfian

Harapnya semuanya berjalan dengan lancar dan kedua-dua pasangan ini bakal menemui jalan penyelesaian yang terbaik bagi menamatkan kemelut rumah tangga mereka.

Sumber: Gempak

Written by Bella | April 16th, 2019

Sudah lama gosip rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dikatakan sedang bergolak, meskipun memuat naik pelbagai kata-kata sedih di media sosial, kedua-duanya tetap berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai khabar angin berkenaan.

Pasangan ini dihimpit dengan pelbagai persoalan dari netizen termasuklah meminta Sharnaaz dan Nabila bergambar sebagai satu keluarga bersama anak mereka, Jebat Jayden.

Mungkin tidak tahan dengan segala spekulasi dan provokasi daripada sesetengah pihak, Nabila meminta agar netizen tidak perlu masuk campur dengan urusannya. Isu berkaitan rumah tangga adalah hak peribadinya.

Bagaimanapun, masih ramai yang mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan semoga mereka dapat berdamai.

Kami harap mereka dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dengan baik. Biasalah dalam rumah tangga, akan ada pasang dan surutnya, tetapi jangan mudah putus asa dengan ujian yang melanda.

Written by Bella | March 21st, 2019

Sebelum ini, ramai kata wajah pelakon Sharnaaz Ahmad nampak sedih dan memendam seribu satu rasa.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagramnya, Sharnaaz berkongsi foto terkininya dan mengakui dirinya sudah bangkit dari segala kesulitan, semakin kuat serta tabah menghadapi segala dugaan dalam hidupnya.

Sharnaaz juga sempat berpesan dan berharap orang ramai tidak mudah mengambil kesempatan terhadap orang lain. Ada kalanya kita harus menjadi garang barulah orang takut dan hormat, jika kita terlalu lemah pastinya akan ditindas.

Rata-rata pengikutnya juga berharap agar Sharnaaz akan terus kuat dan sabar menghadapi segala pancaroba. Memang bukan mudah bila dihimpit dengan dugaan yang berat, tetapi jangan pernah mudah putus asa mahupun menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Kita doakan yang terbaik buat Sharnaaz.

Sumber Berita : Astro Awani

Written by Bella | March 20th, 2019

Pergolakkan rumah tangga pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sedang hangat diperkatakan. Mereka sering kali memuat naik status luahan hati yang sedih di akaun Instagram masing-masing.

Baru-baru ini, ada pula pihak yang mendakwa melihat pasangan ini mendapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama. Bukan itu sahaja, nama Neelofa pula turut terkait sebagai punca keretakan rumah tangga kakaknya.

Bagaimanapun, Neelofa  menafikan khabar angin itu dan meyifatkan tuduhan dirinya menjadi pencetus kemelut rumah tangga kakaknya sebagai tidak masuk akal.

Saya sayang kakak saya, sayang anak saudara saya. Semua tuduhan itu tidak masuk akal.

Neelofa berharap semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi liar dan sebaliknya mendoakan kesejahteraan Sharnaaz dan Nabila. Terus memberikan sokongan kepada pasangan itu meskipun apa jua yang sedang dihadapi mereka berdua.

Terdahulu, Neelofa dikaitkan dalam kemelut rumah tangga kakaknya selepas meninggalkan komen pada satu muat naik Nabila di Instagram yang didakwa ditujukan buat Sharnaaz.

Sumber Berita : BH ONLINE