Sharnaaz Ahmad Akui Rakan Jauhkan Diri Saat Rumah Tangga Diuji

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Akui Rakan Jauhkan Diri Saat Rumah Tangga Diuji

Mendedahkan dirinya mengalami kemurungan apabila rumah tangga yang dibina bersama kakak kepada pengacara terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila berantakan sekitar tahun lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad akui berat badannya menyusut dengan ketara hingga ditegur beberapa teman rapat.

sharnaaz ahmad akui rakan jauhkan diri ketika rumah tangga diuji

Advertisement

Menurutnya, disebabkan ujian yang dilalui, wujud juga di kangan teman yang bertindak menjauhkan diri daripadanya. Namun, dirinya tetap bersyukur mempunyai rakan yang setia seperti Shukri Yahaya yang tidak pernah meninggalkannya pada saat dirinya hampir rebah.

“Saya baru kenal siapa kawan dan lawan. Rakan masa susah memang tak ramai. Shukri, tidak lari meninggalkan saya. Daripada hari pertama saya ‘teruk’, dia sentiasa berada di belakang saya.”

Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut mendedahkan seorang lagi pelakon yang sentiasa berada di sisinya ketika sedang bertarung dengan kemelut rumah tangga adalah Datuk Fizz Fairuz.

sharnaaz ahmad akui rakan jauhkan diri ketika rumah tangga diuji

“Fizz, seorang lagi teman yang tidak pernah menjauhkan diri. Dia tahu macam mana sengsaranya hati berdepan dengan ujian rumah tangga. Fizz risau dan menegur keadaan tubuh saya yang semakin kurus.”

Ujar Sharnaaz lagi, dirinya banyak menghabiskan masa di rumah sahaja ketika berdepan episod sengsara. Malah, turut diakui banyak mendekatkan diri dengan Ilahi bagi memperbaiki rohani.

Mesipun begitu, dirinya tetap bersyukur kerana berjaya pulih daripada kesedihan. Sekiranya gagal mengawal perasaan pada ketika itu, mungkin beliau akan memilih jalan tidak betul seperti mengambil barang terlarang.

sharnaaz ahmad akui rakan jauhkan diri ketika rumah tangga diuji

Bagaimanapun, niatnya yang hanya melakukan apa sahaja demi anaknya Jebat Jayden, Sharnaaz dikhabarkan semakin kuat untuk berjuang dan berusaha melawan untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya sejak kecil lagi.

Untuk rekod, Shaarnaz dan Nabila telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...