October 26th, 2019

Sedang berhadapan saat gusar dimana rumah tangganya berantakan, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun enggan terus membiarkan dirinya dihimpit kesedihan.

sharnaaz ahmad

Menjawab soalan netizen yang bertanyakan bagaimana dia masih mampu terus kuat dan tersenyum walaupun dilanda dugaan yang berat, Sharnaaz dilihat memberikan reaksi positif dengan mengatakan tidak berguna untuk sentiasa bersedih dan dia hanya mahu lakukan yang terbaik dalam hidupnya.

sharnaaz ahmad sharnaaz ahmad

Sedih pun tak guna. Baik buat terbaik untuk terus hidup dan bahagia dengan masa hadapan.

sharnaaz ahmad noor nabilaTerdahulu, kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz dan Noor Nabila  memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Menurut Sharnaaz, tindakannya memfailkan nusyuz itu kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi hangat yang melanda rumah tangganya.

Sumber Berita : Harian Metro

October 1st, 2019

Kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin rumit dan memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

sharnaaz ahmad fail nusyuz

Jelas Sharnaaz, tindakannya itu adalah kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi yang sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya. Selain itu, dia tetap ingin mencuba untuk menyelesaikan isu antaranya dengan isteri dengan baik tanpa sebarang perbalahan.

Susulan kes tersebut, adik kepada Nabila iaitu Nellisa Mohd Noor dilihat memuat naik status berbaur sindiran yang menimbulkan persoalan kepada siapa agaknya kata-kata itu ditujukan? Memetik kata-kata mengenai layanan seorang suami kepada isteri. Nellisa menyatakan bahawa si suami jangan hanya tahu menunding jari dan mencari kesalahan isteri sahaja.

Nellisa mohd noor sharnaaz ahmadAdakah status itu berkaitan dengan isu panas melibatkan kakaknya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini?

September 30th, 2019

Kontroversi rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila belum lagi reda dan memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

sharnaaz ahmad noor nabila cerai

Difahamkan permohonan itu difailkan pada 19 September lalu. Menurut Sharnaaz, tindakannya memfailkan nusyuz itu kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi hangat yang melanda rumah tangganya.

Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama.

sharnaaz ahmad fail nusyuz

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memaklumkan pihaknya telah menyerahkan saman kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu. Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka.

Dalam prosiding sama, kedua-dua belah pihak juga masing-masing telah melantik wakil jawatankuasa pendamai (JKP). Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr. Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh yang sama bagi laporan JKP kedua-dua belah pihak.

nabila nafkah rm500Sebelum ini, Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden pada 13 September lalu. Terdahulu, Sharnaaz  telah menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya kerana ingin cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu.

Sumber Berita : Harian Metro