Written by Bella | October 6th, 2015

Kemesraan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering menjadi bualan ramai, namun mengenali diri Sharnaaz beliau memang tidak akan mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan meskipun setiap foto yang dimuat naik olehnya bersama Nabila menggambarkan mereka sebagai pasangan kekasih.

Sebenarnya, Sharnaaz dan Nabila sudah mengenali antara satu sama lain agak lama, Cuma hubungan mereka baru-baru ini menjadi lebih rapat.

Saya sudah mengenali dia sebelum ini tetapi tidak rapat, cuma baru-baru ini ada rakan memberitahu bahawa Nabila boleh membantu saya dalam perniagaan yang saya ceburi. Akhirnya kami mulai rapat dan apa yang boleh saya lihat kami senang bersama sebab serasi.

Baru sahaja putus cinta dengan model dan pelakon Anis Al –Idrus,  Sharnaaz nampaknya tidak tungg lama untuk mencari pengganti. Hal ini menyebabkan ramai pihak melabelkan beliau sebagai seorang lelaki yang mudah bertukar pasangan. Namun, Sharnaaz sama sekali menolak dakwaan tersebut.

Jangan kata saya mudah bertukar teman wanita, sepatutnya mereka kena faham keadaan jodoh itu sendiri. Jika sebelum ini tidak membawa kami ke mana-mana saya anggap itu bukan jodoh saya.

Dan jangan juga menuding jari mengatakan Nabila sebagai orang ketiga atau sebagainya. Apa yang saya cari adalah keserasian, sebab itu saya mengambil jalan untuk tidak pernah mendedahkan hubungan saya seperti sebelum-sebelum ini, sebab takut disalah tafsir.

Untuk pengetahuan anda, Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga tetapi ia tidak kekal lama dan akhirnya beliau berpisah dengan bekas suaminnya.

Mengetahui tentang status Noor Nabila sebagai janda, Sharnaaz nampaknya tidak kisah dengan semua itu kerana beliau ikhlas berkawan dengan wanita tersebut.

Setiap orang sudah dianugerahkan dengan rezeki yang berbeza-beza, mungkin laluan kehidupan dia (Nabila) sudah ditakdirkan begitu. Kenapa saya perlu mempersoalkan status dia pula sedangkan saya ikhlas berkawan dengan dia. Saya tidak merasakan status yang dibawa Nabila merunsingkan saya, cukup rasanya saya serasi dengan dia .

Sampai bila pun kita tahu Sharnaaz memang tidak akan memberikan kenyataan beliau sedang bercinta, mungkin mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dan siapa tahu kali ini Sharnaaz sudah bertemu dengan wanita yang cukup tepat dan serasi untuk dibuat isteri? Doakan yang baik-baik sahaja untuk belia dan Noor Nabila.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | September 30th, 2015

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, pasangan yang cukup mendapat liputan luas sejak kebelakangan ini.  Sering memuat naik foto mesra bersama pelbagai spekulasi tercetus mengenai status sebenar hubunan mereka.

Namun, Sharnaaz enggan terlalu memikirkan hal tersebut dan tidak kisah akan apa sahaja tanggapan orang ramai terhadap kisah cintanya.

Apa orang nak kata apabila melihat gambar kami bersama terpulanglah pada andaian mereka. Apa yang nampak itulah yang boleh saya ceritakan. Saya tidak akan buka cerita tentang cinta. Soal peribadi sekarang saya lebih suka kunci mulut. Kalau ada berita baik nanti saya akan kongsi dengan semua.

Selama ini saya hidup sendiri, bekerja sendiri dan bayar semua bil sendiri. Jadi, apa yang orang nak cakap suka hatilah mereka nak kata apa. Kalau dah penat nanti pasti akan senyap.

Mengakui terasa pedih dan sakit dengan pengalaman lalu, Sharnaaz merasa syukur kerana Tuhan memberikan beliau sesuatu yang lebih elok selepas itu. Sharnaaz juga memberitahu, beliau tidak akan mensia-siakan sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupnya selepas ini.

Jatuh bangun yang pernah saya lalui sebelum ini adalah satu perkara yang sangat indah. Rasa sakit itu hanya Tuhan sahaja tahu kemudian Tuhan datangkan saya sesuatu yang lebih elok.

Jika siapa-siapa datang dalam hidup saya selepas ini, saya akan menikahi dia dan menjaga dia dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya peminat bukan nak masuk campur kehidupan Sharnaaz, tetapi mereka cuma ingin melihat beliau bahagia selepas beberapa kali dikecewakan serta gagal dalam percintaan. Lagipun,  kalau sudah berkenan di hati dan yakin Noor Nabila sesuai dengan anda usahakan secepatnya untuk jadikan beliau yang halal buat anda. Bercinta lepas nikah pun apa salahnya, pasti ada kemanisannya bukan?

Sumber Berita: Mangga Online

Written by Bella | September 15th, 2015

Kalau kita lihat, hubungan Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila semakin hari semakin rapat walaupun aktor berbadan sasa itu menyifatkan mereka hanya sekadar teman biasa. Namun, baru-baru ini Sharnaaz telah pulang ke kampung halaman Nabila dan sempat meluangkan masa bersama “bakal mertuanya” di sana.

Berikutan  hal tersebut, ramai peminat Sharnaaz yang  tidak henti berharap agar beliau dan Nabila cepat mendirikan rumah tangga sehinggakan ada yang sudah mendoakan mereka bahagia sehigga ke anak cucu.

Biasanya kalau mereka yang ada hubungan serius sahaja yang akan memperkenalkan kawan lelaki kepada pihak keluarga. Ermm..macam ada sesuatu je yang mereka sembunyikan bukan?

Tidak mengapa, kita bagi dulu Sharnaaz dan Nabila ruang untuk lebih mengenali hati budi masing-masing sebelum kedua-duanya bersedia untuk berkahwin. Apa-apa pun harapnya doa peminat mereka termakbul juga lah satu hari nanti.

 
Written by Bella | September 8th, 2015

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila antara pasangan yang cukup popular sekarang. Mengakui ingin mempunyai keluarga beliau sendiri,  Sharnaaz nampaknya ingin serius bersama kakak Neelofa itu selepas memberikan komen ingin  tua bersama-sama kekasihnya itu.

Komen itu  adalah respon apabila Nabila memuat naik foto seutas rantai yang dihadiahkan oleh Sharnaaz untuknya baru-baru ini.

Thank you to the man that makes me the happiest woman #alive. They say love will find you when you stop looking.

Wah memang tak dapat disembunyikan lagi, Sharnaaz dan Nabila sama-sama sedang dilamun cinta tetapi malu untuk mengakuinya.  Mungkin juga selepas beberapa kali putus cinta, kini Sharnaaz Ahmad tidak mahu terus gagal lagi. Siapa tahu kalau ada jodoh kita boleh lihat mereka  bersanding di atas pelamin kan? Harap kebahagiaan mereka berdua ini kekal.