September 18th, 2019

Konflik rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila cukup hangat diperkatakan.

sharnaaz ahmad noor nabila cerai

Tuntutan cerai dilakukan oleh Nabila dengan mengemukakan beberapa alasan untuk berpisah dari tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan dan turut menyatakan Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.

Rata-rata netizen mengatakan nafkah itu sememangnya tidak mencukupi dengan gaya hidup Nabila yang serba mewah.

sharnaaz ahmad nafkah rm500sharnaaz ahmad nafkah rm500sharnaaz ahmad nafkah rm500noor nabila alasan nafkah rm500 tidak cukupTerbaru, menerusi akaun Instagramnya, Nabila memuat naik kenyataan ianya bukanlah soal duit tetapi lebih kepada tanggungjawab. Netizen mempercayai kata-kata itu merujuk kepada isu nafkah RM500 tersebut.

sharnaaz ahmad noor nabila ceraisharnaaz ahmad noor nabila cerai

Terdahulu, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan oleh Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

September 17th, 2019

Kontroversi rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila belum lagi reda selepas pelakon itu menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya dan ingin cuba menyelamatkan pekahwinan mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.

nabila nafkah rm500

Isu mereka semakin hangat diperkatakan apabila Nabila mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut.

sharnaaz ahmad isteri jangan kelantan

Pelbagai spekulasi timbul dan terbaru ada pula netizen berbalah antara satu sama lain dengan mengaitkan isu kenegerian sebagai punca pergolakan rumah tangga mereka.

Isteri lepas ni jangan Kelantan

sharnaaz ahmad isteri jangan kelantansharnaaz ahmad isteri jangan kelantan

Hal ini tiada kaitan dengan negeri

tetapi sikap individu

sharnaaz ahmadnetizen nasihat sharnaaz ahmadsharnaaz ahmad isteri jangan kelantanPada pendapat penulis, memang tidak relevan langsung bila mengaitkan masalah serta sikap seseorang dengan negeri asal mereka. Berikan Sharnaaz dan Nabila ruang untuk menyelesaikan kemelut antara mereka dan netizen perlu berhenti membuat sebarang spekulasi kerana kita tidak tahu cerita sebenar. Kita doakan yang terbaik buat mereka.

September 12th, 2019

Ketika kes cerai kakaknya, Noor Nabila sedang hangat diperkatakan, selebriti popular Neelofa mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik beberapa kenyataan berbaur sindiran.

neelofa perli sharnaaz ahmadRata-rata netizen menganggap status Neelofa itu seakan memerli dan ditujukan kepada Sharnaaz Ahmad, mengatakan abang iparnya itu seorang yang kuat berdrama.

Bagaimanapun, Sharnaaz ketika dihubungi pihak media berkata, dia tidak tahu mengenainya isu sindiran tersebut. Sharnaaz menyifatkan perkara itu tidak penting

neelofa perli siapaneelofa

Saya tak tahu dan tak penting.

Terdahulu, Sharnaaz enggan menceraikan isterinya meskipun Nabila telah mengemukakan beberapa alasan dia ingin berpisah. Antaranya, nafkah RM500 sebulan yang diberikan oleh aktor itu tidak cukup, tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun dan mereka juga sudah tidak ada persefahaman lagi.

Sumber Berita : Harian Metro

September 12th, 2019

Umum mengetahui semalam pelakon Sharnaaz Ahmad telah menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila kerana ingin cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu.

sharnaaz ahmad jebat jayden

Sharnaaz mengaku setiap apa yang dilakukan, fokus utamanya adalah kepada anaknya Jebat Jayden. Tiada siapa yang boleh memisahkan hubungan di antara ayah dan anak.

Menerusi muat naik terbarunya di Instagram, Sharnaaz bikin hati netizen sebak apabila memuat naik klip video bersama Jebat yang cukup menyentuh perasaan.

Ba minta maaf sayang

View this post on Instagram

Ba mintak maaf sayang naa @jebatjayden .. ba sayang cek dgn nyawa ba.. besaq nanti cek faham naa.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sharnaaz meminta maaf kepada anaknya atas apa yang berlaku. Harapnya satu hari nanti Jebat akan memahami situasi berkenaan apabila sudah besar kelak.

Rakan artis dan netizen luahkan rasa

simpati, harap Sharnaaz bertabah

sharnaaz ahmad ceraisharnaaz ahmad tolak tuntutan ceraisharnaaz ahmad cerailuahan sharnaaz ahmad jebat jaydensharnaaz ahmad noor nabila ceraiRakan artis dan netizen meluahkan rasa simpati kepada Sharnaaz dan turut mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga rumah tangga yang dibina pulih semula demi Jebat.

Tedahulu, antara alasan Nabila mahu bercerai adalah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Nabila juga mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut. Selain itu, Nabila juga mengatakan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai.