October 1st, 2018

Kecoh dengan isu artis meminta bayaran daripada peminat yang menginginkan mereka membuat ucapan hari jadi di media sosial, pelakon jelita Nur Fazura menyifatkan tindakan itu sengat tidak wajar dan ucapan tersebut sepatutnya lahir daripada hati yang tulus ikhlas.

Kata Fazura, tidak perlulah terlalu materialistik dan membebankan peminat yang selama ini tidak pernah berkira untuk menyokong artis pujaan mereka.

Kalau tak nak buat ucapan, lebih baik jangan buat. Tak adil untuk minta bayaran untuk ucapan sebegitu, nampak  macam tak ikhlas. Janganlah terlalu materialistik.

Rasanya semua tahu siapa Fazura maksudkan. Mungkin ada betulnya kata-kata beliau itu, ucapan untuk meraikan hari istimewa seseorang haruslah lahir daripada hati yang ikhlas barulah ianya lebih bermakna bukan?

Sumber Berita : NEW STRAITS TIMES

September 28th, 2018

Semalam pengguna di media sosial kecoh dengan tindakan Janna Nick yang menawarkan khidmat untuk membuat ucapan hari jadi untuk peminat dengan bayaran RM50. Bukan itu sahaja, kalau ada sesiapa yang berhajat ingin mencari jodoh juga boleh menggunakan khidmat tersebut.

Selepas tularnya isu tersebut, rakan selebriti Sharifah Sakinah hari ini memuat naik satu video yang melucukan apabila dengan selambanya memerli Janna.

Aksi Sakinah yang menerima wang RM 50 sambil membuat ucapan hari jadi untuk Nur Fazura memang lawak habis.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan usikan daripada pelakon wanita itu dan ramai yang mempercayai ia sekadar gurauan sahaja. Siapa yang tidak kenal dengan perangai gila-gila Sakinah kan?