September 28th, 2018

Semalam pengguna di media sosial kecoh dengan tindakan Janna Nick yang menawarkan khidmat untuk membuat ucapan hari jadi untuk peminat dengan bayaran RM50. Bukan itu sahaja, kalau ada sesiapa yang berhajat ingin mencari jodoh juga boleh menggunakan khidmat tersebut.

Selepas tularnya isu tersebut, rakan selebriti Sharifah Sakinah hari ini memuat naik satu video yang melucukan apabila dengan selambanya memerli Janna.

Aksi Sakinah yang menerima wang RM 50 sambil membuat ucapan hari jadi untuk Nur Fazura memang lawak habis.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan usikan daripada pelakon wanita itu dan ramai yang mempercayai ia sekadar gurauan sahaja. Siapa yang tidak kenal dengan perangai gila-gila Sakinah kan?


20 responses to “(VIDEO) Selambanya Sharifah Sakinah Perli Khidmat Ucapan Hari Jadi Berbayar Janna Nick”

  1. Tk says:

    Aku memang tak kenan Kinah ni. She is loud and lepas laku. . Same specie dg Janna dan Jihan.

  2. Ohyeah.. says:

    Kinah sentiasa ada pendapat sendiri mengenai rakan artis lain. Cara kinah ada yg anggap sempoi atau selamba. Cuma aku nak tanya kinah , apa kepuasan dan jumlah pendapatan Kinah dpt dgn cara ini? Org yg selalu fikir dia shj betul bukan betul sgt pun!

Loading...