September 20th, 2018

Tidak lama lagi program Gegar Vaganza musim 5 bakal menemui penonton dan buat pertama kali, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi penaja utamanya.

Menurut pihak Astro, kali ini mereka mengenakan syarat untuk pihak penaja agar tidak timbul lagi isu seperti kontroversi Datuk Seri Vida dan Aishah.

Perkara itu diakui oleh Aliff dimana beliau tidak mempunyai sebarang hak untuk menentukan hadiah yang bakal diberikan kepada pemenang nanti. Pada masa yang sama, beliau juga memberitahu tidak akan terikut-ikut dengan gaya penaja sebelum ini iaitu DSV yang sering dikritik penonton kerana promosi yang keterlaluan selain insiden beliau berebut mikrofon dengan seorang petugas rancangan tersebut.

Saya cuma menaja, berapa Astro suruh bayar saya beri tetapi untuk tentukan hadiah apa akan diberikan itu kerja pihak produksi dan saya tidak campur. Mengenai penampilan saya pada GV5 nanti, kalau Astro tak benarkan saya naik ke pentas saya akur. Kalau tak bagi saya menyanyi, saya ikut juga.

Rasanya saya tidak perlu ikut cara Datuk Vida kerana itu karakternya manakala saya ada cara tersendiri.

GV5 bakal bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 30 September ini.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
September 19th, 2018

Seperti biasa setiap tahun pasti ramai yang menantikan program Gegar Vaganza, pada awalnya ada juga yang tertanya kenapa tahun ini promosinya tidak sehangat seperti tahun-tahun sebelum ini? Peminat tegar mula kecewa mungkinkah musim seterusnya tidak akan diteruskan?

Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari ini pihak Astro mengumumkan Gegar Vaganza akan kembali untuk musim kelima.

Bakal bersiaran bermula 30 September ini, senarai peserta yang terlibat untuk GV 5 boleh tahan hebatnya. Buat pertama kali juga, program itu menampilkan kelainan apabila mengetengahkan penyanyi berkumpulan sebagai peserta iaitu Elite, Forteen dan duo, Billy Zulkarnain yang pastinya akan memberikan persaingan yang hebat terhadap peserta solo.

Antara artis lain yang bakal menggegarkan pentas GV 5 ialah Hetty Sarlene, Farahwahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Safura Yaacob, Maya Matahari ,Amelina,  Zamani (Slam) serta Shafie (Rio). Memang bukan calang-calang kesemuanya.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.

Wow, memang teruja betul kami ingin melihat persembahan daripada kesemua peserta, korang pula macam mana? Siapa peserta kegemaran korang?

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Astro Gempak & Hlive

Advertisement