August 20th, 2019

Nama jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, bar-baru ini dia sekali lagi dikecam netizen apabila memuat naik video rakan baiknya, Nur Sajat bergelek sakan.

Video itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas PU Amin menjelaskan hukumnya adalah haram melihat video Sajat gelek. Perbuatan itu mampu merosakkan akhlak orang Islam terutama sekali anak-anak muda.

pu amin tegur aliff syukripu amin aliff syukri

Aliff gelar PU Amin ‘poyo’

aliff syukri pu amin poyo

Seperti biasa, Aliff pasti tidak akan berdiam diri. Meluahkan rasa bengang ditegur, menggelar PU Amin ‘poyo’ dan mahu bertemu empat mata dengan pendakwah itu untuk berbincang.

Macam kau bagus sangat nak kata

orang ‘poyo’, langsung tak boleh

terima teguran

aliff syukri sajat gelekaliff syukri dikecam netizenaliff syukri pu aminaliff syukri aliff syukri sajatRata-rata netizen menyifatkan tindakan Aliff itu tidak beradab. Kenapa tidak boleh terima teguran sedangkan apa yang berlaku berpunca daripada dirinya sendiri, melakukan perkara yang mengundang kecaman.

Kita semua tahu Aliff begitu kebal dengankecaman. Segala nasihat dan teguran ibarat mencurah air ke daun keladi.

Advertisement
August 18th, 2019

Bukan pertama kali mencetuskan kontroversi di laman sosial, tindakan Datuk Seri Aliff Syukri  memuat naik video Nur Sajat sakan bergelek mengundang kecaman netizen.

aliff syukri sajat gelek

Pada netizen, kelakuan mereka berdua ini sudah melampau, mahu meraih publisiti murahan.

Apa yang dilakukan oleh Aliff bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi ibunya, Rozita Ibrahim yang kini sedang menunaikan ibadah haji.

“Mak balik nanti, aku libas kau.”

bonda rozita ibrahim aliff syukri

Isteri Pesan Aliff jaga maruah, niat

tidak menghalalkan cara

aliff syukri sajat gelek

Bukan sahaja ibunya, malah isteri Aliff iaitu Datin Nur Shahida yang kini sedang berada di Makkah turut merasa kesal dengan sikap suaminya itu. Dia memesan Aliff untuk menjaga maruah dan berkata matlamat tidak menghalalkan cara.

Netizen sokong teguran Rozita buat

anaknya

aliff syukri sajataliff syukri

Sudah beberapa kali rasanya ibu sendiri dan isteri tegur untuk tidak mencetuskan kontroversi. Sebagai seorang usahawan berjaya dan kaya, seelok-eloknya elakkan diri dan jauhkan daripada golongan yang jantinanya diragui.

Advertisement