Written by Bella | July 6th, 2015

Sebelum ini, Ryzal Jaafar dan rakannya Adrea Abdullah telah dituduh meminum arak apabila sebuah foto mereka bersosial bersama rakan-rakan mereka mula disebarkan di Internet.  Susulan perkara tersebut, Adrea terdahulu sudah tampil menafikan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Terbaru, Ryzal menerusi portal mStar Online berkata, foto yang menunjukkan beliau berada di pusat karaoke dengan beberapa gelas minuman keras di atas meja tidak seharusnya dijadikan isu dan menyifatkan tuduhan beliau mengambil minuman keras tersebut adalah mengarut kerana beliau sama sekali tidak melakukan perkara tersebut.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras dan kalau nak tahu, foto tersebut diambil pada enam atau tujuh tahun yang lalu. Ketika itu saya menghadiri sebuah pelancaran filem dan duduk berborak bersama mereka sahaja. Jadi tidak perlulah ia disebarkan, tidak penting pun.

Tambahan pula di bukan Ramadan yang mulia ini, saya harap individu-individu nakal ini tidak menyebarkan fitnah seperti ini.

Buat Ryzal beliau menganggap gosip tersebut sebuah publisiti murahan kerana beliau tidak pernah dihimpit sebarang kontroversi sepanjang 12 tahun berkecimpung didalam industri hiburan tanah air. Tentu sekali isu tersebut telah sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau sebagai seorang pelakon.

Ini satu publisiti murahan yang tidak perlu dijadikan. Saya percaya, penjelasan macam mana pun saya beri, golongan netizen tetapi memberi perspektif mereka sendiri. Ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pelakon.

Jika terdapatnya gelas arak didepan seseorang tidak semestinya mereka mengambil minuman tersebut. Penjelasan dari Ryzal Jaafar cukup jelas menyatakan beliau tidak meminum arak dan masih tahu batasan sebagai seorang Islam. Tetapi tidak dapat dinafikan ada sesetengah golongan selebriti yang tidak segan untuk meneguk air haram itu dikhalayak ramai.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | July 3rd, 2015

Pelakon Ryzal Jaafar dan Adrea Abdullah telah dituduh meminum arak sewaktu bersosial bersama rakan mereka.  Berita tersebut jelas mendapat perhatian ramai kerana umum sedia maklum bahawa air arak diharamkan bagi orang Muslim.Pelbagai kritikan yang diterima oleh mereka berdua selepas gosip tersebut tersebar.

Walaubagaimanapun, menerusi muat naik terbaru Adrea di akaun Instagram miliknya, beliau telah menjelaskan situasi serta perkara sebenar mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan Ryzal.

Bulan2 puasa org buat dosa free memfitnah. Demi Allah, Adrea & @ryzal_jaafar, tak minum arak ye. Harap Maklum. Ni gambar wrap party karaoke film CE1, 6 tahun lepas ni. Diorang serve chill juice Dari Buffett redbox Lah. Ish ish ish.suka hati je nak buat cerita. Seriously? Some Malays really got no life & nothing to do but spread rumours. Even when I was in Bali, Singapore, Pattaya, Melbourne, Gold Coast, I didn’t touch alcohol. Whatever. People who knows me would know the truth. Suke suki guna gambar ni buat cerite. Dosa sesama manusia Allah tak ampun tau. Kene datang jumpe kami minta maaf sebab buat fitnah. #justsaying #whatever #nolife #kenapamalayuygsukagossip #buatfitnahsesukahati #Allahknows #tambahdosa #manusiatakdelife

Biasalah memang ramai orang yang suka membuat andaian masing-masing tanpa usul periksa. Lepas tu nanti macam-macamlah diorang komen kan? Namun, artis memang tidak dapat lari daripada kontroversi, ada sahaja pihak yang akan memerhati setiap kesalahan yang mereka lakukan.

Sumber Berita: Instagram Adrea Abdullah