Ryzal Jaafar Jelas Tuduhan Minum Arak

Hiburan

Ryzal Jaafar Jelas Tuduhan Minum Arak

Sebelum ini, Ryzal Jaafar dan rakannya Adrea Abdullah telah dituduh meminum arak apabila sebuah foto mereka bersosial bersama rakan-rakan mereka mula disebarkan di Internet.  Susulan perkara tersebut, Adrea terdahulu sudah tampil menafikan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Terbaru, Ryzal menerusi portal mStar Online berkata, foto yang menunjukkan beliau berada di pusat karaoke dengan beberapa gelas minuman keras di atas meja tidak seharusnya dijadikan isu dan menyifatkan tuduhan beliau mengambil minuman keras tersebut adalah mengarut kerana beliau sama sekali tidak melakukan perkara tersebut.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras dan kalau nak tahu, foto tersebut diambil pada enam atau tujuh tahun yang lalu. Ketika itu saya menghadiri sebuah pelancaran filem dan duduk berborak bersama mereka sahaja. Jadi tidak perlulah ia disebarkan, tidak penting pun.

Tambahan pula di bukan Ramadan yang mulia ini, saya harap individu-individu nakal ini tidak menyebarkan fitnah seperti ini.

Buat Ryzal beliau menganggap gosip tersebut sebuah publisiti murahan kerana beliau tidak pernah dihimpit sebarang kontroversi sepanjang 12 tahun berkecimpung didalam industri hiburan tanah air. Tentu sekali isu tersebut telah sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau sebagai seorang pelakon.

Ini satu publisiti murahan yang tidak perlu dijadikan. Saya percaya, penjelasan macam mana pun saya beri, golongan netizen tetapi memberi perspektif mereka sendiri. Ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pelakon.

Jika terdapatnya gelas arak didepan seseorang tidak semestinya mereka mengambil minuman tersebut. Penjelasan dari Ryzal Jaafar cukup jelas menyatakan beliau tidak meminum arak dan masih tahu batasan sebagai seorang Islam. Tetapi tidak dapat dinafikan ada sesetengah golongan selebriti yang tidak segan untuk meneguk air haram itu dikhalayak ramai.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...