Written by Bella | May 9th, 2019

Pelakon Ruhainies begitu terbuka mengenai kisah percintaannya dengan teman lelaki dikenali sebagai Mr E yang merupakan ahli perniagaan, menetap di London serta mempunyai tiga cawangan butik di tanah air. Ruhainies sering berkata buah hatinya itu seorang yang penyayang dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, ramai yang tertanya kenapa Ruhainies sehingga hari ini masih lagi tidak mendedahkan wajah kekasihnya itu?

Menurut Ruhainies beliau belum bersedia untuk memperkenalkan teman lelakinya kepada umum kerana risau jejaka itu akan terkena tempias popularitinya.

Nak kata sorok boyfriend tu tidaklah, sebab saya selalu keluar bersama dia. Cuma, saya belum bersedia untuk kenalkan dia kepada peminat. Lagipun kehidupan seorang selebriti ini, kemana sahaja kita pergi, apa sahaja kita lakukan orang akan perhati. Saya tak mahu dia rasa perkara sama.

Sebelum ini saya tak pernah buat kenyataan ada boyfriend. Tetapi kali ini, saya anggap dia seorang yang sangat istimewa dan betul-betul serius dalam hubungan ini. Kami jujur sesam sendiri, berkongsi apa yang dilakukan setiap hari, kami juga ada merancang untuk ke fasa seterusnya.

Kita doakan yang terbaik dan semoga hubungan Ruhainies dan Mr E berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 22nd, 2019

Umum mengetahui pelakon Ruhainies sudah dilamar oleh kekasihnya, Mr E yang merupakan seorang ahli perniagaan menetap di London dan memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.

Tentu sekali mereka mempunyai perancangan untuk berkahwin dan Ruhainies seakan memberikan bayangan mungkin majlis perkahwinannya itu akan diadakan di London.

Dia ada tanya, majlis nikah nanti mahu buat di sini atau London. Saya cakap tidak tahu. Saya serahkan pada dia tentukan. Kalau boleh, saya mahu dia jawab semua persoalan ini sebab dia lelaki.

Ruhainies bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai tarikh pernikahannya. Biarlah ia menjadi rahsia dan kejutan.

Tarikh kahwin saya biarlah rahsia dan menjadi elemen kejutan. Apa saya boleh katakan, perancangan ke arah itu bukan dalam masa terdekat. Kalau boleh, mahu kakak kahwin dulu. Insya-Allah, majlis perkahwinannya berlangsung tahun ini. Lagi pula, saya tidak mahu langkah bendul. Keluarga saya pula jenis kena ikut adat. Mahu atau tidak, memang kena lepaskan kakak dulu.

Berkahwin ini bukannya perkara yang mudah, disebabkan itu Ruhainies tidak mahu terburu-buru. Namun, beliau berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro