Umum mengetahui pelakon Ruhainies sudah dilamar oleh kekasihnya, Mr E yang merupakan seorang ahli perniagaan menetap di London dan memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.
Tentu sekali mereka mempunyai perancangan untuk berkahwin dan Ruhainies seakan memberikan bayangan mungkin majlis perkahwinannya itu akan diadakan di London.
Dia ada tanya, majlis nikah nanti mahu buat di sini atau London. Saya cakap tidak tahu. Saya serahkan pada dia tentukan. Kalau boleh, saya mahu dia jawab semua persoalan ini sebab dia lelaki.
Ruhainies bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai tarikh pernikahannya. Biarlah ia menjadi rahsia dan kejutan.
Tarikh kahwin saya biarlah rahsia dan menjadi elemen kejutan. Apa saya boleh katakan, perancangan ke arah itu bukan dalam masa terdekat. Kalau boleh, mahu kakak kahwin dulu. Insya-Allah, majlis perkahwinannya berlangsung tahun ini. Lagi pula, saya tidak mahu langkah bendul. Keluarga saya pula jenis kena ikut adat. Mahu atau tidak, memang kena lepaskan kakak dulu.
Berkahwin ini bukannya perkara yang mudah, disebabkan itu Ruhainies tidak mahu terburu-buru. Namun, beliau berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Anonymous
March 24, 2019 at 7:34 pm
jgn d canang perkara yg belum pasti.. tp yelah artis sekarang asenya malu pun dah hilang.. bukan stakat cara pemakaian.. cara hidup pun.. yg belum ada apa2 ikatan dah gaya hidup ngalahkan yg bernikah.. kata2 yg digunakan oleh sesetengah artis pun kadang2 kita sndr malu nk dengar atau baca.. ye-ye, tau kubur lain2.. udah jd public figure reti2lah tunjuk teladan yg baik.. esp yg dalam surat beranak tu agamanya islam.. btw dlm kes ruhainies ne.. smoga kekal ke jannah la dik.. majlis grand tu ke tepi.. yg penting akad nikah.. dan kerukunan rumahtangga lepas tu.. skrg masa utk kumpul bekal utk akhirat.. dunia da akhir zaman.. smoga kita smua di bawah lindunganNya…
Biskut cap ping pong
March 24, 2019 at 11:27 am
Niat nk kasitau yg dia retis yg ada class nikah pun obersi, ada fhm. Tu jer.
cilipadi
March 24, 2019 at 10:05 am
masaalahnya kau nya perancangan ni dari awal lagi ..kau yg asyik bercerita je
kakak kau tu yang patut kahwin dulu TAK ADA CERITA APA PUN
jadi utk apa kau share ???
show off ??
kahwin ke tak kahwin ke
langkah bendul ke tak ke
adat ke tak
kau berdua2 an kat luar negara ” BERADAT ” sangat ke ????? muahkakakakaka