March 20th, 2013

Akibat gambar menampakkan sebahagian pahanya yang telah dikongsi menerusi laman Instagram Zain Saidin, Rozita Che Wan telah dikutuk teruk oleh sebahagian peminatnya kerana berpakaian terlalu seksi. Malah ada yang berpendapat imej sebegitu tidak sesuai dengan Che Ta memandangkan usianya yang sudah mencecah 40-an.

rozita che wan

Rozita Che Wan menyedari perkara ini dan berkata kepada Sinar Harian yang dia tidak ambil pusing terhadap kata-kata orang di sekelilingnya. Kata Che Ta:-

Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya.

rozita che wan

Sementara itu, kekasih Che Ta, Zain Saidin telah pun mematikan akaun Instagram miliknya. Ini kerana komen-komen negatif yang terlalu banyak diterima memberikan kesan buruk kepada karier dan orang yang tersayang.

rozita che wan

Satu langkah yang bijak daripada Zain Saidin. Mungkin selepas berkahwin dengan Che Ta nanti, Zain Saidin boleh menjaga imej dan pakaian yang diguna oleh isterinya. Abang Nara pasti Zain tidak mahu keseksian isterinya ditatapi ramai selepas berkahwin kelak. Tak gitu?

P.S: Pergh. Stock baru telekung travel eksklusif kembali lagi. Mudah dibawa kemana-mana terutama utk generasi muda yg aktif diluar sana! Order sekarang dengan PM di Facebook Gudang.my atau email ke [email protected]. Boleh juga Whatsapp/SMS ke 019-236-1986.

January 12th, 2012

Pelakon ini kelihatan semakin melaram sejak kebelakangan ini. Orang kata hati kena muda sentiasa gittteeww. Menurut Mangga Online, Rozita Che Wan telah tampil dengan apa yang kami panggil ‘gaya remaja’ di majlis ulangtahun kelahiran seorang pelakon bernama Ryzal Jaafar di sebuah kelab baru-baru ini. Sekali pandang tak ubah seperti pakaian anggota kumpulan wanita K-pop.
Sebenarnya riak wajah Cik Ta hampir sama saja di kebanyakan gambar. Masa dia mengacara pun riak wajahnya begitu juga. Mungkin atas sebab itu beliau sering tampil dengan gaya berbeza di kebanyakan acara kot? Tapi tak nampak pula kelibat Zain Saidin di majlis ini, mungkin ada tapi tiada di gambar atau mungkin dia sedang sibuk. Apa-apa pun gaun remaja Cik Ta memang cantik, kan? Kan? Kan? Iyokan yolahh. Har har har.

January 4th, 2010

rozita che wan

Pening kepala kami pikirkan VIP kat Malaysia nie yang muka macam Dato’ K. Sapa ek? Sebab si Zubir selaku wartawan gosip paling gah bagitau Rozita Che Wan bakal berkahwin dengan seorang VIP yang muka dia sebijik macam Dato’ K.  Gaya rambut sama, bermisai, potongan muka pun sama dan warna kulit pun lebih kurang sama gak. Takkanlah Dato’ K ada adik kembar kot?

Kami merayu kepada Zubir supaya bagitaulah je sapakah VIP yang berjaya mengorat Rozita Che Wan nie. Tak sabar nak tau dah nie. Bergelora jiwa dan raga nie. Dulu orang kata muka tunang Umie Aida muka macam Dato’ K, yang nie bakal suami Rozita Che Wan pulak macam Dato’ K. Takkanlah semua artis-artis pompuan kat Malaysia nie semuanya minat taste sama kot. Tak logik plak semua suka muka macam Dato’ K.

Apa-apa pun kalau lah betul Rozita Che Wan bakal berkahwin tahun 2010 nie, sesungguhnya hanya ucapan tahniah yang mampu kami ucapkan. Rasanya bakal menjadi wedding of the year kot. Almaklumlah Rozita Che Wan kan janda paling panas kat Malaysia nie. Sapa yang taknak wei ~~

December 28th, 2009

rozita che wan

Memang tak seksi pun fesyen Bohemian Rozita Che Wan malam Anugerah Skrin 2009 hari tue. Biasa-biasa je kami tengok. Apa la yang seksinya setakat kain terbelah sampai nampak lutut dan singkat macam gambar kat atas tue. Standard la tue kan? Cuba dengar apa Rozita cakap pasal fesyen dia malam tue:-

[note]Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini[/note]

Kami sokong Rozita Che Wan. Memang tak seksi sangat pun. Sila pakai seksi lagi selepas nie. Kami nak tengok dimanakah taraf seksi di mata seorang artis. Tak gitu?

P.S: Korang kena baca apa yang tersirat di sebalik tulisan kami nie. Pepandai la ek pahami sindiran kami nie.