January 4th, 2010

rozita che wan

Pening kepala kami pikirkan VIP kat Malaysia nie yang muka macam Dato’ K. Sapa ek? Sebab si Zubir selaku wartawan gosip paling gah bagitau Rozita Che Wan bakal berkahwin dengan seorang VIP yang muka dia sebijik macam Dato’ K.  Gaya rambut sama, bermisai, potongan muka pun sama dan warna kulit pun lebih kurang sama gak. Takkanlah Dato’ K ada adik kembar kot?

Kami merayu kepada Zubir supaya bagitaulah je sapakah VIP yang berjaya mengorat Rozita Che Wan nie. Tak sabar nak tau dah nie. Bergelora jiwa dan raga nie. Dulu orang kata muka tunang Umie Aida muka macam Dato’ K, yang nie bakal suami Rozita Che Wan pulak macam Dato’ K. Takkanlah semua artis-artis pompuan kat Malaysia nie semuanya minat taste sama kot. Tak logik plak semua suka muka macam Dato’ K.

Apa-apa pun kalau lah betul Rozita Che Wan bakal berkahwin tahun 2010 nie, sesungguhnya hanya ucapan tahniah yang mampu kami ucapkan. Rasanya bakal menjadi wedding of the year kot. Almaklumlah Rozita Che Wan kan janda paling panas kat Malaysia nie. Sapa yang taknak wei ~~


Comments are closed.

Loading...