January 18th, 2018

Kecoh semalam dengan berita mendakwa selebriti Ifa Raziah mengupah pembunuh upahan untuk menembak pengacara, Roslan Shah gara-gara tidak berpuas hati dengan isu pergaduhan mereka. Namun, Ifa mengatakan ia adalah satu fitnah dan telah membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut sekaligus mempertahankan dirinya.

Terbaru, Roslan pula tampil menafikan beliau ada menuduh Ifa sebegitu dan menyatakan tujuan beliau membuat laporan polis hanya untuk keselamatan dirinya dan tidak menyatakan Ifa mahu membunuhnya dalam laporan tersebut.

Laporan polis itu dibuat untuk menjaga keselamatan diri. Dalam laporan itu juga tidak menyatakan mengenai tindakan individu terbabit untuk membunuh saya. Itu tidak betul. Pihak polis menasihatkan agar kes ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta tidak mengganggu kerja mereka. Itu saja yang boleh saya katakan.

Nampaknya kes “perang” mereka berdua ini semakin rumit dan pihak Ifa juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut dan bakal mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya. Adakah mereka akan terus bergaduh selamanya?

Sumber Berita : Kosmo Online

January 17th, 2018

Selepas Roslan Shah membuat permohonan maaf dan katanya tidak mahu “berperang” lagi dengan Ifa Raziah, kami sangka isu pergaduhan mereka berdua ini tidak akan terus menjadi berita hangat di media sosial.

Walaubagaimanapun, Ifa dikejutkan dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Roslan mengatakan wanita itu mengupah pembunuh upahan untuk menembak pengacara dari Singapura itu.  Ifa mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh seorang pengawai polis dari Johor.

Tidak mahu dirinya terus difitnah, Ifa juga membuat laporan polis dan menafikan dakwaan tersebut untuk mempertahankan dirinya.

Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir, tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila dia menuduh saya penjenayah. Dalam laporan dia, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembak dia. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!

Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini? Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya.

Peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya. Pihak mereka kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut dan bakal mengambil tindakan untuk membersihkan nama Ifa.

Sumber Berita : Astro Gempak

January 15th, 2018

Sebut sahaja nama Ifa Raziah, siapa yang tidak kenal dengan beliau bukan? Selalu dikritik bersikap diva dan mulut “laser”, beliau bagaimanapun sudah lali dengan segala komen negatif yang dilemparkan terutama sekali berkaitan dengan penampilannya.

Ifa menyifatkan mereka yang mengkritik beliau sebenarnya cemburu dengan kecantikannya.

Apa sahaja yang saya lakukan pasti ada yang mengata dan kutuk, sampaikan hal jaga badan dan penampilan pun orang nak caci. Ramailah yang ‘makan hati’ apabila jadi cantik ni, sedangkan mereka tak tahu betapa susahnya saya mengawal cara pemakanan untuk sampai ke tahap ini.

Pada masa yang sama, Ifa menepis dakwaan netizen yang mengatakan beliau melakukan pembedahan untuk tampil lebih anggun, kurus dan kelihatan lebih muda.

Saya tak buat pembedahan untuk kurus atau cantik. Sebaliknya hanya mengamalkan rutin diet yang lebih ekstrem. Tak semua orang mampu buat apa yang saya buat, silap-silap bahaya pula yang datang, tapi saya nekad amalkan diet ini kerana nak kurus dan nampak cantik.

Alahai, siapalah yang cemburu dengan Ifa yang dah lebih cantik menarik “the bomb” sekarang ni? Heh..Sabarlah Ifa, nak buat macam mana kalau jadi selebriti memanglah selalu mendapat perhatian.

Sumber Berita : mStar Online

January 11th, 2018

Persengketaan antara Ifa Raziah dan Roslan Shah masih belum berakhir. Setelah kedua-dua pihak mengeluarkan beberapa kenyataan menghentam masing-masing, Roslan Shah telah menulis di Instagram bahawa dia meminta maaf kepada Ifa Raziah atas nasihat ibunya yang sedang sakit.

Roslan juga tidak lagi mahu memanjangkan pergaduhan antara mereka berdua, namun melalui satu muat naik di Instagram, Ifa menyatakan enggan menerima permohonan maaf Roslan yang disifatkannya ‘sambil lewa”dan tidak berpadanan dengan tuduhan yang telah dibuat mengenainya. Dalam kapsyen itu, Ifa menulis:

Gambar yang kau post, mengutuk aku. Caption yang kau tulis, minta maaf kat aku? Senang betul hidup kau. Kau dah malukan aku sampai tahap paling hina, lepas tu mintak maaf! Kau dah fitnah aku macam-macam, panggil aku pelacur, anak aku pondan, kau babitkan nama artis-artis lain, nak jatuhkan aku.. Akhirnya kau post dalam IG kau minta maaf ?

Atas nasihat mak kau? Itu yg aku cakap, mak kau yang sakit macam tu pun boleh berfikir, ada belas kasihan dengan orang. Yang kau?

Aku pernah tengok kau buat macam ni jugak kat Hashim @krishashim kawan kita kat Singapore. Kau ingat tak? Kau nak aku cerita? Kau dah aibkan dia, kau kutuk-kutuk dia macam-macam, malukan dia dgn kawan-kawan, lepas tu bila jumpa depan-depan kat Singapore Expo baru-baru ni, kau terus salam dengan dia, kau cakap ‘OK…KITA BERDAMAI’,

Kejadian berlaku depan mata aku, suami aku dan staf aku. Bukannya kau nak minta maaf dengan dia pun, macam tu je kau cakap ‘Kita Berdamai’…senang betul hidup kau!!! Kau ingat Hashim boleh terima kau setakat cakap macam tu?

Kalau kau ikhlas nak minta maaf dengan aku, kau buat secara terbuka. Macam mana kau boleh aibkan aku secara terbuka, macam tu lah kau kena minta maaf! Kau jelaskan balik apa yang sebenarnya. Bukan ini caranya RS!

Maisng-masing mempunyai penyokong tersendiri berkenaan perkara ini, dan setakat ini Roslan masih tidak memberi reaksi kepada kenyataan Ifa.

Ifa dan Roslan Shah dikatakan sudah berkawan baik selama 18 tahun lamanya, dan mula bersengketa akibat perselisihan mengenai perniagaan di sebuah ekspo melibatkan selebriti lain. Diharap satu penyelesaian yang baik boleh dicapai oleh kedua-dua belah pihak mengenai persengketaan mereka. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com