Roslan Shah Dedah Rupanya Kamal Adli Pernah Terima Ugutan Bun*h Pada Hari Perkahwinan

Hiburan

Roslan Shah Dedah Rupanya Kamal Adli Pernah Terima Ugutan Bun*h Pada Hari Perkahwinan

Insiden di mana pelakon, Kamal Adli diserang seorang individu tidak dikenali ketika sedang bergambar dengan peminat dalam satu acara di Singapura mengejutkan ramai pihak.

Kejadian tersebut yang dikongsi oleh isterinya, Uqasha Senrose dan Roslan Shah selaku pihak yang menjemput mereka ke sana menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lepas.

Advertisement

1 year ago

"Yang Ketuk Saya Sorang Je Bukan Satu Singapura" - Kamal Adli Minta Netizen Jangan Bergaduh

Sebelum ini, Uqasha menceritakan bahawa dia ada menerima mesej ugutan daripada seorang individu tidak dikenali yang mahu membunuh suaminya.

Terbaru, Roslan Shah atau mesra dipanggil Cik Lan mendedahkan bahawa pasangan itu pernah menerima mesej ugutan di hari majlis perkahwinan mereka pada 2021.

Kami dimaklumkan oleh salah seorang admin Uqasha dan Kamal mengenai mesej ugutan diterima pada hari perkahwinan mereka. Namun motif mesej tersebut masih belum dapat dikenal pasti. Semuanya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.”

Sementara itu, Cik Lan juga turut berharap agar kawalan keselamatan mana-mana acara seperti itu akan diperketatkan di masa akan datang.

Difahamkan, Kamal kini dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan dan berada dalam kawalan pihak polis bagi membantu siasatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...