“Jangan Jadi Artis Yang Tak Boleh Terima Teguran” – Diva AA Berang Dituduh Hina Islam

Hiburan

“Jangan Jadi Artis Yang Tak Boleh Terima Teguran” – Diva AA Berang Dituduh Hina Islam

Sebelum ini, pelakon Roslan Shah luahkan rasa kecewa terhadap pengacara sensasi, Azwan Ali kerana persoalkan tujuannya menunaikan Umrah di Tanah Suci.

Roslan hingga berkata Azwan Ali atau Diva AA bukan saja membuat dirinya kecewa malah sekaligus menghina agama sendiri iaitu agama Islam.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, pengacara sensasi itu tampil berkata pada pihak media bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana dakwaan yang tidak berasas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Roslan Shah (@realroslanshah)

Difahamkan dari laporan Utusan, Azwan Ali atau mesra dikenali sebagai Diva AA itu meluahkan hal tersebut di platform media sosialnya dan merasakan tuduhan dibuat oleh rakan selebriti itu mencalarkan imejnya.

Jangan jadi artis yang tidak boleh terima teguran. Saya ada hak untuk tegur apa sahaja isu timbul di Malaysia.

Tambahan lagi, dia sama sekali tidak takut dengan kata-kata Roslan dan dirinya hanya takut kepada Allah SWT.

Sekadar info, Diva AA sebelum ini ada membuat satu ciapan persoalkan tujuan Roslan menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci sama ada dirinya mahu membuat ibadah ataupun melakukan maksiat.

roslan shah dan diva aa
1 year ago

"Semoga Allah Beri Ruang Kau Taubat Sebesar-Besarnya" - Dipersoal Tujuan Tunai Umrah, Roslan Shah Anggap Diva AA Hina Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...