March 8th, 2010

filem v3 samseng jalanan

Perghhhh ~~ Cuba korang tengok betul-betul poster filem V3 Samseng Jalanan nie. Nampak tak muka awek kesayangan Abang Nara si Lisa Surihani tue? Ganas betul renungan mata dia tue. Tajam menikam ke kalbu. Walaupun ganas, tapi tetap mencairkan jiwa raga Abang Nara. Hehehe.

Walaupun awal-awal dulu Farid Kamil ada buat kenyataan kontroversi kononnya filem Adnan Sempit tiru filem V3 Samseng Jalanan dia nie, kami rasa dari poster yang mantap nie pun kami tau dah cerita dia tak ada kaitan ngan Adnan Sempit langsung. Berdasarkan preview, rasanya V3 Samseng Jalanan nie macam cerita Fast and Furious. Tapi nie version kat Malaysia punya la.

Abang Nara tak kisah pun jalan cerita dia macam mana. Yang penting kekasih hati si Lisa tue ada dalam tue. Kompem first day opening nanti akan kami pacakkan diri untuk menonton filem nie. Demi buah hati yang tercinta. Korang pun wajib tengok jugak. Nanti kita leh komen beramai-ramai pasal Lisa Surihani.

P.S: Apa pendapat korang pasal mutu poster filem V3 Samseng Jalanan nie? Ok ke Ko?

February 10th, 2010

samseng jalanan

Terkejut beruk kami bila baca blog Farid Kamil. Filem Adnan Sempit yang best gila-gila tue dikatakan meniru jalan cerita filem Rempit V3 ciptaan Farid Kamil. Sukar untuk dipercayai tapi itulah kata-kata Farid Kamil. Apa nak jadi dengan industri filem kita nie?

[note]Rempit V3 menjalankan shooting pada bulan Disember 2008, atas sebab2 tertentu Rempit V3 diharamkan tayangannya. Pelbagai usaha digerak akhirnya lulus dan akan ditayangkan pada 11 March 2010 ini dengan menggunakan tajuk “V3 Samseng Jalanan”. Kenyataan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan penonton yang telah menonton Adnan Sempit dari menilai persamaan yang ada apabila V3 Samseng Jalanan ditayangkan kelak. Kerja pihak – pihak tertentu yang licik mencipta peluang atas idea orang lain yang disekat, saya ucapkan ‘Good Luck’…[/note]

Aduh. Sedih la ini macam. Dah la Farid Kamil dan Ahmad Idham dedua duduk bawah satu bumbung. Dedua kerja untuk David Teo. Tengok-tengok ada orang yang curik hasil kerja orang lain. Susah la ini macam. Dunia filem kita nie bukannya besar sangat. Kalau buat macam nie camnerlah nak maju.

Buat Farid Kamil, kalau betullah kenyataan anda ini, kami harap anda tabah. At least penonton-penonton boleh agak yang cerita Rempit V3 nie pun akan jadi sebest Adnan Sempit. Tak gitu? Buat yang mencuri harta intelek orang lain nie, lu fikirlah sendiri kalau orang lain buat camtue kat anda. Mesti tak best kan?