Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Filem Adnan Sempit Ciplak Jalan Cerita Rempit V3 Farid Kamil

samseng jalanan

Terkejut beruk kami bila baca blog Farid Kamil. Filem Adnan Sempit yang best gila-gila tue dikatakan meniru jalan cerita filem Rempit V3 ciptaan Farid Kamil. Sukar untuk dipercayai tapi itulah kata-kata Farid Kamil. Apa nak jadi dengan industri filem kita nie?

Advertisement

[note]Rempit V3 menjalankan shooting pada bulan Disember 2008, atas sebab2 tertentu Rempit V3 diharamkan tayangannya. Pelbagai usaha digerak akhirnya lulus dan akan ditayangkan pada 11 March 2010 ini dengan menggunakan tajuk “V3 Samseng Jalanan”. Kenyataan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan penonton yang telah menonton Adnan Sempit dari menilai persamaan yang ada apabila V3 Samseng Jalanan ditayangkan kelak. Kerja pihak – pihak tertentu yang licik mencipta peluang atas idea orang lain yang disekat, saya ucapkan ‘Good Luck’…[/note]

Aduh. Sedih la ini macam. Dah la Farid Kamil dan Ahmad Idham dedua duduk bawah satu bumbung. Dedua kerja untuk David Teo. Tengok-tengok ada orang yang curik hasil kerja orang lain. Susah la ini macam. Dunia filem kita nie bukannya besar sangat. Kalau buat macam nie camnerlah nak maju.

Buat Farid Kamil, kalau betullah kenyataan anda ini, kami harap anda tabah. At least penonton-penonton boleh agak yang cerita Rempit V3 nie pun akan jadi sebest Adnan Sempit. Tak gitu? Buat yang mencuri harta intelek orang lain nie, lu fikirlah sendiri kalau orang lain buat camtue kat anda. Mesti tak best kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama