Written by Bella | June 9th, 2016

Tidak kami nafikan,sejak Raja Azmi berkahwin semula dengan Eddie mereka berdua ini tampak cukup romantis dan penuh dengan kasih sayang.

Malah, Raja Azmi juga sering memuat naik foto mesra mereka berdua di akaun Instagram miliknya.

Namun, Raja Azmi tidak pernah ingin mencari perhatian tetapi memuat naik foto berkenaan untuk menggalakkan lagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga untuk tidak merasa malu menampilkan kemesraan dan cinta mereka.

Kebelakangan ini memang saya sering memuat naik gambar mesra dengan suami, bukan untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang sedang saya lalui tapi untuk memberi inspirasi kepada orang lain juga.

Di televisyen hanya paparkan tentang pasangan muda sahaja yang bahagia, pasangan warga emas pun boleh jadi orang yang romantik juga.

Tambah Raja Azmi, foto-foto yang beliau muat naik juga turut menjadi inspirasi pasangan diluar sana sehinggakan ada beberapa individu yang baru beliau kenal meminta rahsia untuk kekal bahagian walaupun usia mereka sudah lanjut.

Alhamdulillah, ramai yang komen suka melihat gambar-gambar mesra kami di Instagram dan membuatka mereka juga bersemangat untuk kembali menghangatkan semula cinta dengan pasangan mereka.

Semalam juga selepas selesai solat Terawih saya dihampiri seorang wanita umur akhir 40-an yang bertanya tentang perkara itu. Dia mengikuti Instagram saya dan berterima kasih kerana memberi idea tersebut kepadanya.

Buat Raja Azmi, pasangan yang sudah berumur janganlah merasa malu untuk meluahkan rasa cinta mereka dan menikmati kebahagiaan bersama.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 28th, 2016

Demi janjinya serta cinta kepada suaminya Eddie, penerbit Raja Azmi  mengambil langkah yang cukup drastik dengan bertekad untuk berhenti merokok.

Mengakui bukan mudah untuk untuk terus berhenti,tetapi beliau tidak berputus asa.

Sekarang sudah lima minggu saya berhenti merokok. Alhamdulillah, tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah tau sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad.

Raja Azmi juga menjelaskan beliau ingin berubah dengan rela hati dan mahu berpegang kepada janji beliau untuk menjaga kesihatannya.

Ini janji saya untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan Eddie. Itu yang menguatkan semangat. Sebagai seorang yang berpegang pada janji, saya tekad untuk melakukan itu, biarpun ramai yang cakap susah tetapi saya berjaya.

Walaubagaimanapun, untuk Eddie beliau masih lagi dalam proses untuk berhenti merokok.

Eddie gembira tapi dia belum berhenti cuma mengurangkan merokok daripada dua kotak sehari kepada sekotak sehari. Itu satu langkah yang bagus dan perlahan-lahan, saya percaya dia boleh berhenti.

Bagus kalau Kak Mie ada usaha untuk berubah dan mahukan kesihatan yang lebih baik. Kami yakin satu hari nanti pasti Eddie juga akan berhenti sepenuhnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | February 13th, 2016

Meskipun bakal bernikah kali kedua bersama Eddie pada 26 Februari ini, Raja Azmi akui beliau ada rasa berdebar menanti hari perkahwinannya itu.

Jujurnya, saya rasa berdebar menantikan detik pernikahan semula bersama Eddie. Macam kali pertama nak bernikah pula. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi jodoh dan peluang untuk perbaiki perkahwinan kami ini.

Menurut Raja Azmi atau lebih mesra disapa Kak Mie, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana dan menumpukan pada perkara yang wajib sahaja.  Pasangan ini bakal bernikah di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.

Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan. Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula.

Soal jodoh ini tiada siapa boleh tahu, walaupun pernah bercerai sekali tetapi pasangan ini disatukan semula. Semoga perkahwinan Kak Mie dan Eddie kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 19th, 2016

Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh tidak kemana. Raja Azmi yang sudah bercerai lebih daripada setahun bakal bernikah semula dengan bekas suaminya Eddie Ghazali pada 26 Februari depan.

Jelas Raja Azmi hatinya terbuka untuk menerima Eddie semula didalam hidupnya selepas mendapat petunjuk daripada Allah SWT ketika melakukan solat Istiqarah dan berharap kali ini perkahwinan mereka akan kekal selamanya.

Alhamdulillah, hati saya terbuka sekali lagi untuk bernikah semula dengannya dan berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhirat. Majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja yang bakal dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat. Majlis hanya akad nikah dan doa selamat sahaja.

Malah, kesungguhan Eddie untuk mendapatkan beliau  semula selepas mereka berpisah membuatkan hati Raja Azmi lembut semula.

Kami bercerai setahun ini kami masih berkawan baik, banyak pengajaran yang saya dan dia dapat untuk perbaiki pada rumah tangga kali kedua ini. Saya akui jatuh cinta semula kerana dia sentiasa ada ketika saya gembira dan bersedih. Saya juga beberapa kali buat solat Istiqarah dan Alhamdulillah memang Allah beri petunjuk ke arah ini.

Saya belajar untuk lebih banyak bersabar dan dia juga sudah sedar apa kesalahan-kesalahannya dahulu. Insya-Allah kami akan bina semula rumah tangga ini dengan baik.Saya juga berharap orang ramai dan peminat turut mendoakan kebahagiaan kami.

Raja Azmi dan Eddie bakal mengadakan majlis akad nikah di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas solat Isyak.

Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2013.

Raja Azmi sebelum itu pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya,  Puteri Suaida, dan Megat Deli.

Sumber Berita: mStar Online