“Apa Salahnya Ada Babak Panas?” – Penerbit Filem Pulau

Hiburan

“Apa Salahnya Ada Babak Panas?” – Penerbit Filem Pulau

Sebuah filem berjudul Pulau tular selepas trailer filem itu mempunyai adegan ‘soft porn’ dan melibatkan pelakon yang berpakaian mencolok mata.

Penerbit filem, Raja Azmi berpendapat babak panas di dalam filem tersebut tidak perlu dihebohkan memandangkan ia mewakili realiti sesetengah masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang bangsa.

Advertisement

Bukan itu sahaja, penerbit berusia 63 tahun itu menafikan dakwaan mengatakan adegan berani di dalam filem tersebut dilihat seperti terlalu mahu mengikut standard filem barat dan boleh meruntuhkan moral anak-anak muda di Malaysia.

Apa salahnya ada babak itu dalam filem tersebut? Jika babak itu memaparkan orang berbikini tayang itu dan ini, semua itu memang sudah ada di media sosial.

Menurut Raja, sekiranya mereka menapis babak panas itu sekalipun, penonton tetap akan jumpa juga di YouTube atau media sosial.

Jika nak kata kita meniru budaya barat, kita memang hidup tiru-meniru. Kita pun tiru sunnah nabi.

Dalam pada itu, penerbit itu berkata penonton seharusnya tidak menjadikan filem sebagai alasan seolah-olah ia penyebab anak-anak mereka menjadi teruk.

Filem itu pun dihasilkan oleh orang bukan Islam dan dilakonkan oleh orang bukan Islam. Apa salahnya mereka nak buat begitu? Memang itu cara hidup sesetengah masyarakat di Malaysia.

Malah sebelum ini, pelakon Alif Satar turut menegaskan bahawa dia tidak terlibat dengan sebarang babak ‘panas’ dalam filem tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Saya Sendiri Tahu Budaya Apa Yang Kita Selesa" - Alif Satar Nafi Terlibat Dalam Babak 'Panas' Filem Pulau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Getaran

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...