“Saya Sendiri Tahu Budaya Apa Yang Kita Selesa” – Alif Satar Nafi Terlibat Dalam Babak ‘Panas’ Filem Pulau

Hiburan

“Saya Sendiri Tahu Budaya Apa Yang Kita Selesa” – Alif Satar Nafi Terlibat Dalam Babak ‘Panas’ Filem Pulau

Terdahulu, sebuah filem berjudul Pulau tular selepas trailer filem itu mempunyai adegan ‘soft porn’ dan pelakon yang berpakaian mencolok mata.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen apabila pelakon, Alif Satar turut terlibat dalam penggambaran filem tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak terlibat dengan sebarang babak ‘panas’ dalam filem tersebut.

Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata pengarah filem tersebut menghormati dirinya dengan tidak melibatkannya dalam adegan mesra dengan mana-mana pelakon.

Saya gementar juga tapi saya rasa sangat gembira sebab pengarah pun faham. Dia tak satukan saya dalam satu babak.

Malah, penyanyi lagu Bismillah itu turut terkejut apabila pengarah sangat memahami dirinya dan mempunyai sempadan dalam menentukan pelakon dalam sesebuah babak.

Sebab itu ada pelakon-pelakon berbangsa lain, karakter-karakter yang memegang watak itu. Karakter saya pula hampir sama dengan diri saya.

Bukan itu sahaja, Alif turut menjelaskan mereka telah mengadakan perbincangan terlebih dahulu sekiranya dia berasa kurang senang dengan babak yang dilakonkan.

Kadang-kadang saya fikir babak ni tak boleh dan saya akan bagitahu pengarah, jadi memang ada banyak perbincangan di antara kami dalam filem ini.

Dalam pada itu, pelakon Risik Pada Hati itu berkata dia sendiri tahu mengenai cita rasa penonton dan budaya yang penonton selesa untuk melihat dan mendengar.

Saya dah lama dalam industri, saya tahu macam mana nak bawa satu babak itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alif Satar
1 year ago

"Siap 'Smoking' Lagi.." - Peminat Kecewa Alif Satar Turut Berlakon Dalam Filem Kontroversi Pulau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...