“Buang Ego Primadona Tu, Kena Sedar Dah Tak Laku- ” Raja Azmi Beri Cadangan Untuk Pelakon Veteran Tak Dapat ‘Job’ Berlakon

Hiburan

“Buang Ego Primadona Tu, Kena Sedar Dah Tak Laku- ” Raja Azmi Beri Cadangan Untuk Pelakon Veteran Tak Dapat ‘Job’ Berlakon

Penerbit filem dan pelakon, Raja Azmi menyarankan agar penggiat seni veteran untuk belajar kemahiran kerja lain di belakang tabir.

Katanya, ia sebagai persediaan jika suatu hari nanti sudah tidak laku sebagai pelakon dan tidak lagi menerima tawaran berlakon.

Advertisement

Mereka (penggiat veteran) perlukan kerja lakonan untuk memperoleh sumber pendapatan bagi kelangsungan hidup. Tapi, peluang kerja berlakon yang ada pula terhad dan selalunya sudah diisi oleh pelakon lain.

raja azmi

Ujar Raja Azmi, dia memulakan karier sebagai penerbit filem namun selepas 34 tahun, dia aktif sebagai pelakon bermula pada tahun 2016.

Tambahnya, setakat ini dia tidak berdepan dengan masalah untuk mendapatkan tawaran lakonan kerana tidak bergantung harap sepenuhnya sebagai pelakon sahaja.

Sebenarnya sebagai penggiat veteran, kita kena sedar satu hari nanti kita dah tak laku dan harus bersedia terima hakikat itu apabila sampai masanya. Jadi, mula persiapkan diri dengan kemahiran lain.

raja azmi

Cadangnya lagi,  Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) perlu menubuhkan satu yayasan khusus bagi membantu pelakon veteran yang tiada tawaran untuk mempelajari kemahiran baru.

Penggiat veteran ini harus disalurkan pada kemahiran lain pula. Cuma, sanggup atau tidak saja. Apatah lagi, bidang lakonan di Malaysia ini ada ‘time frame’ untuk seseorang pelakon.

mak wan latah
7 months ago

"Mungkin Sebab Kontroversi Tu, Orang Dah Tak Percaya Saya" - Mak Wan Menangis Merayu Penerbit Bagi 'Job' Berlakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...