August 2nd, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob yang bakal menimang cahaya mata pertama bersama tidak lama lagi. Berita gembira  itu dikongsikan oleh Mawar sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin #BabyRadenR.

Menerusi rancangan MeleTOP Selasa lalu, Mawar juga mengesahkan beliau kini sedang hamil dua bulan.  Rata-rata peminat juga turut merasa gembira dengan pengumuman tersebut. Selain mengucapkan tahniah kepada Mawar dan suami, mereka juga mendoakan kesejahteraan beliau.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3.

December 11th, 2017

Kenyataan Raf Yaakob yang berbunyi “ Apa guna bertudung kalau hati hitam” mengundang kecaman netizen minggu lalu. Meskipun Raf berkata jangan mudah menghakimi orang dari luaran tetapi beliau juga sebenarnya sedang menghakimi seseorang serta menyentuh isu yang agak sensitif berkaitan pemakaian tudung.

Sedar ia sudah menjadi isu yang agak besar, Raf menerusi Insta Stories di akaun Instagramnya telah membuat permohon maaf secara terbuka. Raf akui beliau sudah terlanjur dalam berkata-kata dan menyinggung hati ramai pihak.

Baguslah kalau Raf berani untuk mengakui kesalahan beliau dan tidak malu untuk meminta maaf kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Harapnya selepas ini Raf tidak lagi terlalu mengikut perasaan marah dan memuat naik kenyataan sensitif di media sosial.

December 8th, 2017

Baru-baru ini, Mawar Rashid menerima kecaman yang hebat gara-gara video menari beliau di majlis resepsi perkahwinan bersama Raf Yaakob mula viral di media sosial. Mawar dan Raf bagaimanapun memberitahu mereka tidak kisah dengan komen negatif yang dilemparkan kerana tarian itu tidak mengandungi unsur seksual.

Terbaru, Raf menerusi akaun Instagramnya membuat satu kenyataan mengenai sikap netizen yang suka mencari kesalahan dan mempertikaikan pemakaian tudung seseorang sedangkan mereka sebenarnya mempunyai hati yang hitam.

Apa yang dikatakan Raf itu sekali lagi mengundang kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuas hati apabila Raf membangkitkan isu sensitif melibatkan mereka yang bertudung. Netizen berpendapat Raf juga seorang yang mudah melenting dan tidak boleh ditegur.

Jika benar Raf marah dengan sesetengah pihak yang sering mengecam beliau dan Mawar, tidak perlulah sehingga tahap menyentuh sesuatu perkara sensitif terutama sekali bab menutup aurat dan luaran orang lain. Pada masa yang sama Raf juga tidak sedar beliau juga sedang “judge” orang lain.

December 6th, 2017

Kemesraan Mawar Rashid bersama dua orang anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela disalah erti oleh sesetengah pihak yang menuduh Mawar hanya ingin sekadar menunjuk beliau boleh menjadi seorang ibu tiri yang baik.

Namun, Mawar menafikan tuduhan tidak berasas itu dan memberitahu beliau memang seorang yang sukakan kanak-kanak serta ikhlas menyayangi mereka seperti anak kandungnya sendiri.

Bagi yang mengenali saya, pasti tahu saya sukakan kanak-kanak dan sangat rapat dengan tujuh anak buah saya. Apabila menerima Raf sebagai suami, saya sentiasa berdoa diterima baik anaknya. Alhamdulillah doa saya dikabulkan. Saya menganggap mereka anak sendiri dan sangat gembira bersama mereka. Apa yang pasti saya ikhlas menyayangi mereka. Ia bukan dibuat-buat. Keikhlasan itu biarlah antara saya dan Allah saja tahu. Orang lain tiada hak menilai saya.

Mawar cukup teruja dan bahagia menjadi ibu sekarang dan mengakui anak-anak Raf kini lebih rapat dengannya berbanding dengan ayah mereka sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro