August 7th, 2017

Amboi, amboi, amboi Datuk Seri Vida. Memang kalau tengah angau bercinta lain macam jadinya kan? Tapi Abang Nara percaya kekacakan dan kehenseman jejaka Eropah yang berjaya “mencuri” hati Datuk Seri Vida memang betul-betul setanding dengan David Beckham. Lebih menarik Datuk Seri Vida dan jejaka Eropah ini telah pun bertemu pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Amboi Datuk Vida. So fast and so furious sungguh. Kenalah cepat kan laki hensem nie ramai peminat iye tak? Hehehe.

vida

Abang Nara pasti pertemuan antara mereka berdua ini amat bermakna dan penuh debaran. Boleh jadi cinta pandang pertama. Namun begitu Datuk Seri Vida tidak tergesa-gesa untuk menjalin percintaan selepas trauma kerana telah gagal dalam perkahwinan sebelum ini. Kata Datuk Seri Vida:-

Kami sudah mengenali satu sama lain beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya bercakap di telefon, tetapi Hari Raya ini saya menjemputnya untuk datang meraikan di rumah saya. Dia mempunyai segala-galanya, kacak, mata kelabu, rambut perang, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan.

Saya fikir dia adalah setanding dengan David Beckham. Saya enggan tergesa-gesa kerana saya masih trauma dari perkahwinan terakhir saya yang tidak bertahan lama.

vida

Abang Nara percaya Datuk Seri Vida pasti akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Biarlah berkawan dulu, kenal hati budi masing-masing sebelum melangkah ke hubungan yang lebih erat. Apa pun Abang Nara doakan yang terbaik buat Datuk Seri Vida. Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang benar-benar memahami anda. Good luck and all the best. Sumber Astro Awani.

April 19th, 2017

Kami akui ramai juga yang terkejut dengan berita perceraian Datuk Seri Vida bersama Fairuz. Namun, setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. Jodoh mereka tidak panjang.

Kini, Vida enggan lagi terus bersedih dan menjalani kehidupannya seperti biasa. Namun, menerusi portal Harian Metro, beliau meluahkan rasa kesal apabila ada beberapa pihak cuba untuk mengambil kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih rapat selepas bercerai.

Vida akui beliau agak bosan apabila ramai lelaki yang menghantar mesej ingin berkenalan dengannya. Buat masa ini, beliau tidak mahu memikirkan soal lelaki dan mahu fokus membesarkan anak-anaknya.

Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.

Lagipun keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki buat masa ini.

Terdahulu, Vida dan Fairuz sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak pada 7 April lalu. Punca mereka bercerai adalah kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua. Vida bernikah dengan Fairuz sekitar bulan Januari 2014.

Sumber Berita : Harian Metro

April 3rd, 2017

Sebut sahaja nama Datuk Seri Vida, pasti seluruh rakyat Malaysia mengenali pengasal kosmetik ini.  Vida bukan sahaja merupakan seorang ahli perniagaan terkenal tetapi beliau juga boleh dikatakan seorang wanita yang cukup mementingkan keluarganya. Semua itu kita boleh lihat menerusi rancangan The House 2 yang lalu.

Namun, kami agak terkejut ketika mendengar berita yang mengatakan beliau dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin kini sudah tidak sehaluan sudah berpisah.

Dikala semua orang ingin mengetahui situasi rumah tangganya sekarang,  Vida bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenainya atas beberapa alasan peribadi.

Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua. Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi.

Berita tentang keretakan rumah tangga Vida mula diperkatakan sejak dua minggu lepas. Namun, keadaan menjadi lebih hangat apabila Vida hadir ke festival Mood Republik hanya bersama anak-anaknya tanpa kelibat suami.

Datuk Seri Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014 dan ia merupakan perkahwinan kali ketiga buat wanita itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 22nd, 2017

Dua tahun berturut-turut menjadi penaja untuk Anugerah Juara Lagu, jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila beliau tidak dijemput untuk hadir ke Anugerah Juara Lagu 31 yang berlangsung malam ini.

Menurut Vida, pihak AJL  memberikan alasan bahawa tiket untuk program berkenaan sudah habis. Vida menganggap alasan itu tidak profesional.

Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama. Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan.

Pada kami tidak salah untuk menjemput Dato Seri Vida ke acara berkenaan memandangkan beliau juga pernah menjadi penaja. Tentu sekali kehadiran beliau dapat memeriahkan lagi suasana. Tak gitu?

Sumber Berita :Utusan Online