January 15th, 2020

Beberapa hari ini, kisah Puteri Balqis menjadi perhatian ramai. Tiada siapa menyangka bintang yang dahulunya disanjung kini berhadapan dengan episod sukar, hidup susah sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan demi kelangsungan hidup.

puteri balqis

Umum mengetahui, Puteri Balqis sebelum ini terlantar sakit serta kerap muntah darah dan dikatakan mempunyai masalah hati menyebabkan dia menyepi dari dunia lakonan. Ada juga yang mengatakan dia menghidap penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, menurut Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed, dia mengesahkan penyakit yang dihidapi Puteri Balqis bukanlah kanser seperti yang didakwa.

puteri balqis tiada kanser

Meskipun sudah melakukan beberapa ujian termasuk ujian darah, dia sehingga kini masih belum dapat mengenal pasti penyakit sebenar yang menyerang pelakon cilik itu.

Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.

puteri balqis bersamamu

Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan.

Sejak jatuh sakit pada tahun 2018, Puteri Balqis mengalami muntah darah sebanyak empat hingga lima kali dalam masa sehari dan turut mempunyai masalah asma yang kronik.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
November 29th, 2018

Baru-baru ini, viral dengan video seorang wakil produk yang tidak beradab memaparkan keadaan Puteri Balqis yang terbaring dalam keadaan tidak bermaya ketika menziarahi pelakon kanak-kanak itu dirumahnya. Tidak menghormati Balqis yang sedang sakit sambil bercakap dalam nada yang kuat, video tersebut menimbulkan kemarahan netizen dan mengudang pelbagai spekulasi.

Terbaru, Balqis sendiri telah tampil menafikan dirinya terlantar dan nazak sebaliknya kesan ubat yang membuatkan beliau sedikit lemah. Sejujurnya, beliau sudah rimas apabila ada sesetengah pihak yang pentingkan diri sendiri dan cuba mengambil kesempatan disebalik kesakitannya itu.

Saya tak terlantar. Saya boleh berjalan cuma cepat penat. Kadang-kadang apabila orang datang melawat saya tidur sebab baru makan ubat. Bukannya nazak. Sebaik-baiknya jangan dengar cakap orang tetapi tanya saya sendiri. Selama ini saya cuma jadi pemerhati dan boneka untuk manusia yang pentingkan diri sendiri.

Balqis juga tidak mahu lagi bercakap mengenai sakit kanser yang dihidapinya dan memohon orang ramai supaya dapat mendoakan kesihatan beliau.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
July 9th, 2018

Pernah dikhabarkan mempunyai masalah jantung, namun sekeping foto yang dikongsikan dengan hashtag #FightCancer yang dimuat naik ke akaun Instagram pelakon kanak-kanak berbakat besar, Puteri Balqis Azizi baru-baru ini mencetuskan tanda-tanya tentang keadaan kesihatannya.

Alangkah terkejutnya kami apabila ibunya, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan anaknya itu menghidap kanser tetapi buat masa ini beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapi oleh Aqish.

Namun, Aqish mempunyai semangat yang cukup kuat untuk melawan penyakitnya itu dan difahamkan keadaannya semakin baik selepas menjalani rawatan.

Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah. Apa pun dia semakin kuat.

Penyakit kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur ataupun jantina. Mungkin lebih mudah untuk berkata-kata tetapi kami berdoa agar Aqish terus bersemangat untuk melawan kanser yang dihidapinya, dipermudahkan segala rawatan dan harap dapat diberikan kesembuhan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement