Written by Bella | November 29th, 2018

Baru-baru ini, viral dengan video seorang wakil produk yang tidak beradab memaparkan keadaan Puteri Balqis yang terbaring dalam keadaan tidak bermaya ketika menziarahi pelakon kanak-kanak itu dirumahnya. Tidak menghormati Balqis yang sedang sakit sambil bercakap dalam nada yang kuat, video tersebut menimbulkan kemarahan netizen dan mengudang pelbagai spekulasi.

Terbaru, Balqis sendiri telah tampil menafikan dirinya terlantar dan nazak sebaliknya kesan ubat yang membuatkan beliau sedikit lemah. Sejujurnya, beliau sudah rimas apabila ada sesetengah pihak yang pentingkan diri sendiri dan cuba mengambil kesempatan disebalik kesakitannya itu.

Saya tak terlantar. Saya boleh berjalan cuma cepat penat. Kadang-kadang apabila orang datang melawat saya tidur sebab baru makan ubat. Bukannya nazak. Sebaik-baiknya jangan dengar cakap orang tetapi tanya saya sendiri. Selama ini saya cuma jadi pemerhati dan boneka untuk manusia yang pentingkan diri sendiri.

Balqis juga tidak mahu lagi bercakap mengenai sakit kanser yang dihidapinya dan memohon orang ramai supaya dapat mendoakan kesihatan beliau.

Sumber Berita : Harian Metro

20 responses to (VIDEO) Puteri Balqis Nafi Dirinya Terlantar Dan Nazak

  1. Nyonya Mansor says:

    Semoga cepat sembuh Balqis

    13

    0
  2. Din Ubi says:

    Manusia yg x punya hati perut, bdk kecil yg tgh sakit pun nk diambil kesempatan, nk business pun agak2lh…mereputlh business kau harapnya…kasitau he sape Tu orgnya…

    12

    0
  3. Awan Nano says:

    Get well soon syg.. Our Industry still need u..

    5

    0
  4. benci thought says:

    aedy asraf versi pompuan kuakuakua

    9

    2
  5. gem says:

    such a great actress.. kecik2 pun lagi bagus dr kebanyakan pelakon dewasa malaysia
    rest well, heal well. insyaallah

    12

    0
  6. Anonymous says:

    bangang punye org…sian balkis…kan die tgh tidur tu…ape punye bengap korang ni

    4

    1
  7. Anonymous says:

    Mcm mana diaorg boleh masuk dalam rumah tu? Mcm penceroboh dah gayanya

    4

    0
  8. Anonymous says:

    mcm mana pulak dengan mak balqis sendiri yang upload video dia baring sambil darah menitik nitik dari hidung/mulut?

    0

    2
  9. mak cute says:

    org cmni biasa la…x hormat privacy org lain…nk jd org pertama viral & lapar like…

    4

    0
  10. Akulah says:

    Teroknya dorang ni!! Perlu ke weh rakam sampai camni sekali? Allahuakbar. Kesian budak tu. Seriously xmasuk akal langsung korang ni.

    5

    0
  11. anonymous says:

    mak dia yang salah.kenapa bagi org luar masuk rumah dan izinkan untuk record?dia dengar ape org tu cakap. dia lihat ape org tu buat. rumah ko.. anak ko.. hak ko. so maknya yg salah.bukan org luar.

    8

    0
  12. Auntie Nana says:

    GET WELL SOON SAYANG.
    SUKA TENGOK BALQIS BERLAKON. SIAPA SANGKA TAKDIR BALQIS SEBEGINI. SEMOGA DIBERI KESIHATAN BERPANJANGAN.

    1

    0
  13. fifi says:

    Ape ke bangang manusia tu rakam marketing produk pulak kt rumah org tgk x sihat. Adoi la melayu please la jgn bodohkan diri kau mcm ni. Sila jaga adap masa melawat org x sihat. Bodoh nk mampus…. Siap nk pgg award bagai, eeee..please la!

    2

    0
  14. Tk says:

    Rindu tenguk Qis berlakon. Get well gal.

    1

    0
  15. Anonymous says:

    X beradab & no class

    0

    0
  16. kaukecamadaakukisah says:

    mak si balqis ni g upload watpe pic berdarah bagai ,

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Bg sy xperlu la kondem itu ini.. salah kan org itu ini… bukan masanya skang….. lebih baik kita bantu dia dgn berdoa agar dia sihat kembali, kuat dan dipermudahkan perjalanan hidup dia… dimurahkan rezeki.. dan beri kekuatan buat aqish dan mak dia..

    0

    0

Leave a Comment

Optional