January 22nd, 2020

Selepas dikritik cuba meraih perhatian dan mengaut keuntungan daripada kisah keperitan hidup Puteri Balqis sehingga menjejaskan kehidupan pelakon cilik itu dan  a sibuk “korek” pelbagai cerita, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan responya.

aliff syukri tidak ikhlas bantu puteri balqis

Menurut Aliff, dia sedikit pun tidak kisah dengan beberapa pihak yang mempertikai niatnya membantu Balqis. Dia tampil menghulurkan sumbangan selepas mengetahui tentang kesukaran hidup Balqis dan ibunya yang viral.

Bila kita bantu orang kata ambil kesempatan, kalau tak bantu orang tanya pula kenapa tak bantu. Biarlah orang nak kata apa pun! Saya hanya membantu orang yang dalam kesusahan.

hattan aliff syukri

 

Secara jujurnya, Balqis pernah mesej peribadi (DM) di Instagram dua tahun lalu tapi kami tak perasan dia DM minta bantuan, cumanya apabila kisahnya dipaparkan dalam program Bersamamu, barulah kita tahu dia pernah mesej kita.

Jadi kami follow up untuk beri sumbangan, kita tak nak tahu cerita disebalik keluarganya, kita hanya datang untuk bagi sumbangan dan bantu apa yang perlu.

aliff syukri puteri balqis

Aliff bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikannya kepada Balqis.

Terdahulu, ada netizen dan beberapa selebriti kurang senang dengan tindakan Aliff yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kisah hidup Balqis untuk buat duit. Menurut mereka, jika kita ingin bersedekah tidak perlu canang satu dunia atau mengajukan pelbagai soalan kepada orang yang kita ingin berikan wang sedekah. Ia hanya menimbulkan salah faham.

Sumber Berita : mStar Online

January 22nd, 2020

Baru-baru ini hangat dengan kenyataan Puteri Balqis yang merancang untuk melabur dalam pelaburan Forex sekiranya dia diberi sumbangan bernilai RM100,000 apabila ditanya oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

hattan sound aliff syukri

Penyanyi terkenal, Datuk Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Youtuber menemuramah Balqis dan mengorek cerita yang bukan-bukan.

Hattan berpendapat, Youtuber terkenal itu menggunakan kisah keperitan hidup Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk mengaut keuntungan sahaja serta meraih perhatian sehingga ia menjejaskan kehidupan pelakon cilik itu. Dihimpit kontroversi dan dikecam teruk sehingga timbul pelbagai spekulasi liar.

hattan aliff syukri

Dalam pada itu, Hattan juga meminta orang ramai berhenti daripada menggangu Balqis dan ibunya. Tidak perlu sibuk dengan kisahnya dan Balqis berhak menggunakan dan melakukan apa sahaja dengan duit tersebut.

Dipercayai status yang di muat naik oleh Hattan itu ditujukan kepada Aliff memandangkan videonya bersama Puteri Balqis viral baru-baru ini.

puteri balqis tutup ig

Terdahulu, gara-gara menyuarakan perancangannya untuk melaburkan sebahagian wang RM100,000 dalam Forex ,Balqis dikecam teruk netizen. Mungkin tidak tahan terus difitnah, Balqis bertindak menyahaktif akaun Instagramnya.

January 22nd, 2020

Kisah keperitan hidup Puteri Balqis sejak minggu lalu mendapat perhatian ramai dan disebalik itu timbul pula pelbagai kontroversi sehingga dia kini menyahaktif akaun Instagramnya.

ibu puteri balqis nafi terima rm100,00

Sebelum ini, hangat diperkatakan dakwaan dimana Balqis mendapat sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh ibunya Norashikin Mohd Aziz.

Norashikin berkata ia hanyalah satu fitnah semata-mata dan mengakui terkilan dengan segala kecaman yang dilemparkan kepadanya dan Balqis serta cerita tidak benar yang terus disebarkan mengenai mereka. Sehingga hari ini, dia dan anaknya masih sibuk menjual buku puisi.

puteri balqis

Terlalu banyak fitnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.

Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah fitnah kami.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri berkata, pihaknya tidak pernah memberi sumbangan dengan jumlah yang didakwa itu.

puteri balqis didera

Finas memang ada beri sumbangan kepada Pueri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh dedahkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu.

Terdahulu, gara-gara menyuarakan perancangannya untuk melaburkan sebahagian wang RM100,000 dalam Forex , pelakon Puteri Balqis dikecam teruk netizen. Ramai yang tidak setuju dan berpendapat dia sepatutnya menggunakan wang sumbangan tersebut secara berhemah dan menumpukan kepada rawatan penyakitnya.

Sumber Berita : Harian Metro

January 21st, 2020

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel dimana seorang individu di Twitter mendakwa bahawa Puteri Balqis adalah anak saudaranya dan mendedahkan pelakon cilik itu sebenarnya hidup menderita.

Lelaki itu mendakwa Balqis sering didera oleh ibu bapanya dan dipergunakan untuk mendapatkan duit. Dakwanya lagi, selepas bercerai bapa Balqis dikatakan tinggal di bawah jambatan.

Selepas satu demi satu isu yang timbul, tidak dinafikan ada netizen yang sudah ‘bosan’ dengan kisah Balqis.
puteri balqis dera puteri balqis forex puteri balqis
Bagaimanapun, terbaru menerusi satu kiriman email yang kami terima, ada pihak tampil menafikan dakwaan Balqis didera.
Balqis tidak didera, fitnah untuk raih publisiti
Menurut pengirim email tersebut, individu mengaku bapa saudara Balqis sebenarnya bukanlah seorang lelaki tetapi gadis remaja belasan tahun. Kenyataan itu adalah fitnah semata-mata dan sengaja direka untuk meraih publisiti murahan. Gadis tersebut tidak pernah bertemu empat mata dengan bapa Balqis.
Terdahulu, netizen tertanya-tanya kemana perginya bapa Balqis yang sehingga kini masih tidak muncul selepas kisah anaknya menjadi bualan ramai. Apa yang berlaku sehingga hidup Balqis begitu susah kini.