January 22nd, 2020

Selepas dikritik cuba meraih perhatian dan mengaut keuntungan daripada kisah keperitan hidup Puteri Balqis sehingga menjejaskan kehidupan pelakon cilik itu dan  a sibuk “korek” pelbagai cerita, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan responya.

aliff syukri tidak ikhlas bantu puteri balqis

Menurut Aliff, dia sedikit pun tidak kisah dengan beberapa pihak yang mempertikai niatnya membantu Balqis. Dia tampil menghulurkan sumbangan selepas mengetahui tentang kesukaran hidup Balqis dan ibunya yang viral.

Bila kita bantu orang kata ambil kesempatan, kalau tak bantu orang tanya pula kenapa tak bantu. Biarlah orang nak kata apa pun! Saya hanya membantu orang yang dalam kesusahan.

hattan aliff syukri

 

Secara jujurnya, Balqis pernah mesej peribadi (DM) di Instagram dua tahun lalu tapi kami tak perasan dia DM minta bantuan, cumanya apabila kisahnya dipaparkan dalam program Bersamamu, barulah kita tahu dia pernah mesej kita.

Jadi kami follow up untuk beri sumbangan, kita tak nak tahu cerita disebalik keluarganya, kita hanya datang untuk bagi sumbangan dan bantu apa yang perlu.

aliff syukri puteri balqis

Aliff bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikannya kepada Balqis.

Terdahulu, ada netizen dan beberapa selebriti kurang senang dengan tindakan Aliff yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kisah hidup Balqis untuk buat duit. Menurut mereka, jika kita ingin bersedekah tidak perlu canang satu dunia atau mengajukan pelbagai soalan kepada orang yang kita ingin berikan wang sedekah. Ia hanya menimbulkan salah faham.

Sumber Berita : mStar Online

9 responses to “Aliff Syukri Tidak Kisah Niat Bantu Puteri Balqis Dipertikai”

  1. Perubatan & pendidikan says:

    Bagus soalan tu tanya pd puteri balqis…ingat nk guna utk perubatan dan pendidikan..rupa2 nya nak main forex..niat x betul, lama2 terbongkar jgk..kebetulan kena time aliff syukri dok tanya..isu skrg ni forex bkn ikhlas tak ikhlas..

  2. Mat Katang says:

    Alah jutawan melayu bodoh ni nk marketing.
    sampai bila org melayu nk agungkan aliff bodoh ni?

  3. Peace Yo says:

    mmg aku pelik dgn DAS,DV, dan sewaktu2 dgn dia, knp semua aktiviti harus ambil live video and upload kat IG, dia bayar zakat dan sedekah pun dia akan live video masa issue cheques dan tunjuk harga dia, kalau buat IG live, kemana2 mesti sebut harga pakaian dan beg yg dia pakai, dia kata nak kasi motivasi tapi tahu x kalau mmg ada org yg mmg x mampu dan dah cuba bermacam2 usaha tapi Allah blm izinkan, tahu tak perasaan org2 mcm gitu, ini bukan cemburu ker apa, tapi ramai yg akan terasa hati, sedih dan rendah hati kerana mrk blm dapat kemewahaan seperti yg mampu ini, nasib kau lah shahidah dpt laki mcm gitu,

  4. korok says:

    lahai hattan ko pun baru nak citer yg baru perasan DM dia 2 tahun lps…nmpk sgt ko pun x membantu tp bila dh viral baru la terkial2 nak tlg…ckp org dia pun sama

Tinggalkan Komen Anda Di Sini