May 9th, 2016

Bakal berkahwin pada 14 Mei depan, Hafiz Suip dan pasangan Nureffy masih lagi mempunyai sedikit masa untuk bercuti di Korea dan pada pada masa yang sama menjalani sesi fotografi pra perkahwinan mereka.

Berlatarbelakangkan pemandangan yang agak cantik dan cuaca sejuk di Korea, foto pra perkahwinan mereka tampak cukup indah.

Malah, ada juga foto yang menunjukkan sisi romantis pasangan ini.

Jom kita layan beberapa lagi foto pra perkahwinan Hafiz Suip di Korea dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : s7even.studio

February 10th, 2015

Mengambil gambar pra-perkahwinan kini merupakan satu amalan biasa bagi pasangan tempatan yang hendak berkahwin. Kebanyakan artis sering menampilkan pemandangan yang indah sebagai latar gambar pra-perkahwinan serta pakaian yang feminin bagi wanita, misalnya gaun.


 photo 1922073_755195874577324_241653956_n.jpg

Tapi bagi Sharifah Sakinah yang terkenal dengan personalitinya yang lain dari yang lain, pakaian yang ditampilkan sememangnya ringkas tetapi chic dan segar. Bagi Sakinah, untuk gambar perkahwinannnya tidak perlu taman, gaun dan kostum, hanya perlukan wajah yang gembira seperti yang dibayangkan melalui hashtag pada kapsyen gambarnya manakala latar belakangnya hanya studio.

Namun begitu hasilnya boleh dibanggakan dan antara gambar pra-perkahwinan artis yang terbaik setakat ini pada pendapat kami.

Untuk makluman, Sakinah dan pasangannya Aliff Adha, seorang juruterbang, telah bertunang pada 25 Oktober lepas dan akan melangsungkan pernikahan 28 Mac ini.

Perkenalan mereka bermula lebih setahun lepas apabila Sakinah menjadi jurulatih kecergasan untuk Aliff yang seterusnya membawa perhubungan mereka ke tahap yang lebih serius.

Kredit gambar Instagram Sharifah Sakinah oleh Pinography Official.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10954392_1625995994295094_1612882460_n.jpg
 photo 10949077_1561349200802144_1540089309_n.jpg
 photo 10958148_1534077186872085_1047693942_n.jpg
 photo 10963841_511717388966741_287459246_n.jpg
 photo 10948774_835945876444816_589340650_n.jpg
 photo 10948683_812940952087054_2110040467_n.jpg
 photo 10520300_763028433787797_1676393415_n.jpg
 photo 924643_917419438291537_270054460_n.jpg
 photo 1690687_424989310997412_1715032617_n.jpg
 photo 10948631_338956876314749_1465517540_n.jpg

October 9th, 2014

Malam esok, pelakon Erin Malek akan melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Farriz Fawzy di kediaman keluarga Erin, di Ampang.


 photo erinmalik1_croppedtransformed_0.jpg
Menurut laporan Berita Harian majlis Resepsi Erin akan berlangsung pula pada keesokan harinya di sebuah hotel, manakala majlis bertandang keluarga Farriz ialah pada 24 Oktober.

Sebenarnya, tarikh asal pernikahan mereka ialah pada 10 Januari 2015, bagaimanapun pasangan ini mempunyai alasan tersendiri untuk mempercepatkan pernikahan mereka.

Tapi, selepas berbincang balik kami sepakat untuk mempercepatkan majlis kepada tarikh sekarang. Lagipun benda baik tak wajar ditangguhkan.

Nak dijadikan cerita, tarikh 10 Oktober 2014 (10.10.2014) ini nombornya nampak cantik dan senang nak ingat.

Tambah Erin, dia dan Farriz bakal berbulan madu di Los Angeles.

Selesai majlis resepsi sebelah keluarga lelaki, Insya-Allah kami akan ke sana (Amerika Syarikat).

Set gambar yang dipaparkan dalam entri ini ialah dari koleksi gambar pra-perkahwinan Erin dan Farriz hasil bidikan CST Production.

Memang benar, benda yang baik dan tiada halangan buat apa ditangguhkan, ya tak? Bersama kita doakan hari bersejarah pasangan ini esok akan dipermudahkan Amin.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10628322_10152442034473434_3614582267339425223_n.jpg
 photo 1798635_10152456000338434_3438289429792312299_n.jpg
 photo 942641_10152445401103434_8167584843420589099_n.jpg

September 9th, 2014

Sebagai peminat rekaan Hatta Dolmat, kami memang sentiasa menantikan idea rekaan fesyen terbaru dari beliau. Melalui laman Facebooknya semalam Hatta memberikan bayangan seorang selebriti bakal mengenakan rekaannya untuk foto pra-perkahwinan.

Tidak lama kemudian Hatta telah memuat naik gambar Hanez Suraya dalam pakaian perkahwinan. Kami membuat kesimpulan bahawa Hanez akan melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya tidak lama lagi.

 photo 10352262_863956683617547_8368547547244727131_n.jpg
 photo 10649613_863999726946576_6654948108709019041_n.jpg

Buat Hanez sekiranya benar, seribu tahniah diucapkan. Semoga semuanya dipermudahkan buat Hanez untuk melayari bahtera perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya.

Siapakah lelaki pilihan hati Hanez? Jeng jeng jeng. Kami tidak mendapat pengesahan tetapi rasanya kita tahu siapa yang dicintai Hanez tika ini. Apa pun, melangsungkan perkahwinan ialah sesuatu yang sangat baik. Sekiranya benar gosip ini, tahniah ducapkan!