Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(4 GAMBAR)Tahniah Buat Erin Malek Dan Farriz Fauzy, Bakal Bernikah Esok

Malam esok, pelakon Erin Malek akan melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Farriz Fawzy di kediaman keluarga Erin, di Ampang.


 photo erinmalik1_croppedtransformed_0.jpg
Menurut laporan Berita Harian majlis Resepsi Erin akan berlangsung pula pada keesokan harinya di sebuah hotel, manakala majlis bertandang keluarga Farriz ialah pada 24 Oktober.

Sebenarnya, tarikh asal pernikahan mereka ialah pada 10 Januari 2015, bagaimanapun pasangan ini mempunyai alasan tersendiri untuk mempercepatkan pernikahan mereka.

Advertisement

Tapi, selepas berbincang balik kami sepakat untuk mempercepatkan majlis kepada tarikh sekarang. Lagipun benda baik tak wajar ditangguhkan.

Nak dijadikan cerita, tarikh 10 Oktober 2014 (10.10.2014) ini nombornya nampak cantik dan senang nak ingat.

Tambah Erin, dia dan Farriz bakal berbulan madu di Los Angeles.

Selesai majlis resepsi sebelah keluarga lelaki, Insya-Allah kami akan ke sana (Amerika Syarikat).

Advertisement

Set gambar yang dipaparkan dalam entri ini ialah dari koleksi gambar pra-perkahwinan Erin dan Farriz hasil bidikan CST Production.

Memang benar, benda yang baik dan tiada halangan buat apa ditangguhkan, ya tak? Bersama kita doakan hari bersejarah pasangan ini esok akan dipermudahkan Amin.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10628322_10152442034473434_3614582267339425223_n.jpg
 photo 1798635_10152456000338434_3438289429792312299_n.jpg
 photo 942641_10152445401103434_8167584843420589099_n.jpg

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top