November 9th, 2017

Pelakon Shaheizy Sam sejak kebelakangan ini  sering berkongsi foto-foto badan sado beliau demi menjayakan watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 2. Sudah mempunyai “6 packs”, Sam menjadi idola orang ramai untuk turut membina otot. Walaubagaimanapun, ada juga yang mengatakan Sam mengambil bahan terlarang untuk tampil sado.

Tiada jalan singkat untuk berjaya. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang fokus dan semangat yang paling utama. Biarpun ada yang menuduh saya mengambil barang terlarang untuk sado, hanya saya sahaja yang tahu cabarannya selama hampir setahun ini.

Sam juga tidak kedekut untuk berkongsi beberapa tips untuk mereka yang mengingkan bentuk badan sepertinya dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Berikut adalah tips daripada Sam untuk memberikan anda gambaran lebih jelas untuk membina otot dengan langkah yang betul :-

  • Meminum black coffee tanpa gula setiap hari selepas bangun daripada tidur
  • Selepas minum, lakukan kardio selama 30 minit – 1 jam untuk pastikan lemak dibakar sebelum memulakan aktiviti harian
  • Setiap hari, jam 9 malam buat weightlifting untuk kekalkan otot
  • Sebelum mula bina otot, ambil karbohidrat dan protein dalam sarapan dan makanan tengahari
  • Makan protein seperti ayam dan ikan setiap 3-4 jam sekali dan kurangkan makan malam
  • Elak makanan berminyak, minuman bergula serta garam dalam setiap hidangan
  • Makan nasi dari beras berang
  • Cheat day; Makan apa saja yang teringin tapi seminggu sekali sahaja (rutin senaman tetap diteruskan)
  • Selepas dapat bentuk badan yang diinginkan, mula ambil menu berat sekali sahaja selepas kardio setiap pagi. Banyakan fiber dalam makanan tengahari dan elak makan malam
  • Kawal kalori. Pastikan ambil kalori bawah 2000 setiap hari untuk kurangkan atau kekalkan lemak.

Kami tahu ramai yang cukup bersemangat untuk dapat bentuk badan yang sasa dan menjadi pujaan ramai. Namun, dalam bersenam janganlah terlalu memaksa diri untuk melakukan sesuatu diluar kemampuan anda.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
October 18th, 2017

Kami memang puji dengan pelakon Shaheizy Sam yang sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan sesuatu watak yang diberikan kepadanya. Demi membawakan watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 2, Sam berusaha cukup keras untuk mendapatkan badan yang lebih tegap dan memenuhi ciri-ciri seorang “supercop”.

Semalam, Sam sempat memuat naik foto dan menayangkan bentuk badan barunya itu di akaun Instagramnya dan ia mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji Sam kelihatan lebih seksi dan sado.

Well done Sam, usaha anda memang berbaloi kerana hasilnya cukup mengagumkan.

Advertisement
May 23rd, 2016

Ada khabar angin mengatakan pelawak terkenal, Achey berselisih faham dengan pengarah Ghaz Abu Bakar dek kerana Achey pernah menolak untuk melakonkan watak Mat Yam didalam filem box office Polis Evo sebelum ini.

Terdapat juga dakwaan kononnya nama Achey sebenarnya digugurkan daripada filem tersebut kerana masalah disiplin.

Tidak mahu namanya terus buruk, Achey telah tampil dan menceritakan perkara sebenar. Jelas Achey, beliau sudah menerima watak Mat Yam sebelum ini tetapi timbul beberapa kekangan sehingga ia terpaksa digantikan dengan pelakon Amerul Affendi.

Tidak timbul soal tidak berdisiplin di set penggambaran atau sebagainya. Sebenarnya semasa penggambaran diadakan, berlaku banjir besar di Terengganu sehingga menyebabkan penggambaran terpaksa diadakan semula di ibu negara.

Gosip mengenai perselisihan faham ini mula timbul apabila Achey melakonkan  semula watak Mat Yam ketika di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2016.

Cuma hasilnya kurang memuaskan dan penggambaran seterusnya terpaksa dipinda ke tarikh lain. Saya bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitment lain pada waktu itu.

Saya cuba bincang dengan Ghaz tetapi tidak dapat menemui tarikh yang sesuai. Saya juga sudah meminta maaf kepadanya. Jadi tidak timbul isu lain melainkan semata-mata  kerana pertindihan jadual.

Walaubagaimanapun, Achey tidak terkilan kerana tidak dapat menjayakan watak Mat Yam yang mendapat pujian ramai. Buat Achey, semua itu adalah rezeki masing-masing dan beliau juga cukup kagum dengan bakat lakonan Amerul Affendi.

Bak kata Achey semua ini adalah rezeki, lagipun Achey sudah cuba untuk menerima watak Mat Yam cuma tidak dapat laksanakannya sehingga akhir. Apa-apa pun, memang menjadi bila Achey lakonkan semula watak Mat Yam di MLM 2016 yang lepas. Hehe..

Sumber Berita : KOSMO!

Advertisement
January 13th, 2016

Sudah menjadi penaja bagi pelbagai program hiburan dan juga pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors kini Dato’ Seri Vida bergelar penerbit filem dan bakal tampil dengan filem pertama beliau sekitar hujung tahun ini.

Bukan calang-calang pengarah yang dipilih oleh Vida, beliau akan mula bertemu empat mata bersama Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini berjaya mencipta fenomena menerusi filem Polis Evo.

Malah, pengasas produk Qu Puteh ini yakin filem beliau iaitu Cikgu Online mampu mengatasi kutipan box office Polis Evo.

Saya pernah terlibat dengan Mamat Khalid terbitkan Zombi Kilang Biskut. Saya beri dana. Drama banyak juga beri dana. Tetapi sekarang saya punya penerbitan sendiri. Saya akan bermesyuarat dengan Ghaz Abu Bakar, pengarah Polis Evo. Saya ada keyakinan boleh kalahkan Polis Evo.

Cikgu Online mengisahkan tentang seorang guru yang mendapat inspirasi untuk berniaga secara atas talian. Filem yang turut menampilkan beliau sendiri bersama keluaran-keluaran kosmetik dan kesihatannya sudah mempunyai jalan ceritanya.

Vida juga telah mempunyai beberapa senarai pelakon lelaki popular Malaysia untuk berlakon dalam filem beliau.

Ia berkait dengan produk saya juga. Ceritanya tauke jamu dan cikgu online tengok orang jual tudung dan mahu membuka perniagaan sendiri.

Saya suka Sharnaaz Ahmad, Aaron Aziz dan Zul Ariffin tetapi ramai pilih Aaron. Heroin belum ada tapi yang pasti saya berlakon dalam filem itu. Saya nak promosikan produk saya.

Saya suka lawak spontan. Saya tidak mahu pelawak buat lawak. Saya mahu orang biasa, spontan daripada skrip.

Daripada apa yang diperkatakan oleh Dato’Seri Vida kami yakin beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan dan tegas dengan setiap perkara yang beliau mahukan. Harapnya beliau mampu untuk memberi nafas baharu dan kelainan didalam filem beliau. Pedulikan sahaja kritikan negatif orang ramai.

Sumber Berita: The Malay Mail Online

Advertisement