May 4th, 2015

Fahrin Ahmad adalah antara jejaka kacak yang perkahwinannya dinanti-nanti banyak pihak. Sudah pun berusia 36 tahun, Fahrin Ahmad sering tidak bernasib baik dalam percintaan. Ramai gadis-gadis yang sering dikaitkan dengannya, namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun yang berjaya benar-benar mencuri hatinya untuk dijadikan seorang isteri.

fahrin ahmad

Esok Fahrin Ahmad akan mengadakan satu sidang media. Ramai yang tertanya-tanya isi kandungan sidang media tersebut. Nak kata untuk promosi filem Pilot Cafe lakonannya, sudah agak terlambat untuk itu. Kalau untuk perlantikan jadi duta produk, tak ada pula dengar sebarang ura-ura tentang itu. Ada desas-desus bertiup kencang yang Fahrin Ahmad bakal mengumumkan tarikh pernikahannya di sidang media tersebut. Jeng, jeng, jeng.

fahrin ahmad

Sekiranya benar Fahrin Ahmad akan mengumumkan berita gembira tersebut, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Pasti ramai yang berdebar menunggu sidang media esok. Kalau benar tentang perkahwinan, siapakah gadis yang berjaya mencuri hatinya? Selebriti juga ke? Berapa umur? Bila tarikh nikah? Fuh!!! Macam-macam persoalan bermain di minda. Apa apa pun, sama-samalah kita nantikan esok.

April 24th, 2015

Menarik juga pengalaman yang dikongsikan oleh Remy Ishak ketika melakonkan babak intim bersama Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Adegan tersebut dirakamkan di tepi pantai dengan ombak yang begitu kuat dan batu karang di bawahnya. Walaupun sekadar lakonan semata-mata, kesukaran dan cabaran yang dihadapi ketika merakamkan babak tersebut jelas membayangkan kemarahan Tuhan dan alam kepada mereka yang melakukan maksiat. Fuh!!!

pilot carfe

Kata Remy Ishak:-

Adegan itu dilakukan di antara dua buah batu yang besar dan kami berada di atas batu dan dipenuhi batu karang di bawahnya. Apa yang seram ketika itu adalah untuk menghadapi setiap ombak yang datang. Ini kerana ombak itu berlalu seperti mahu menelan kami sekali ke dalam lautan. Ada ketika bila ombak itu datang dan pergi, saya perlu berpaut kepada batu untuk mengelakkan diri daripada hanyut dibawa arus.

Walaupun dalam wayang kita lihat babak itu hanya sekejap , tetapi saya yang melakonkan dapat merasai apa yang berlaku. Saya dapat rasa betapa kemarahan tuhan dan alam kepada dua orang yang melakukan perbuatan terkutuk pada ketika itu juga, walaupun hanya sekadar lakonan. Ia seperti benda betul berlaku.

Di bawah tapak kaki saya, sehingga sekarang masih lagi mempunyai kesan berlubang akibat daripada adegan tersebut. Itulah ibarat betapa marahnya alam pada mereka yang melakukan maksiat.

izara

Cuak kan? Itu baru berlakon. Kalau ada yang ‘adventure’ nak buat maksiat tepi pantai, lupakanlah sahaja hasrat tersebut. Jadikan pengalaman Remy Ishak ini pengajaran. Kang tak pasal-pasal kena telan ombak. Tak pun terhempap kena batu karang sampai cedera parah. Tak ke sedih? Sumber Utusan Malaysia.

April 22nd, 2015

Filem Pilot Cafe yang bakal ditayangkan pada 30 April ini nampaknya banyak mengundang kontroversi. Selain daripada topik anak luar nikah yang dibawa oleh filem ini, adegan intim antara Izara Aishah dan Remy Ishak juga membuatkan banyak pihak mengkritik aksi tersebut. Abang Nara masih belum menonton filem ini, namun selain Izara dan Remy, seorang lagi pelakon Pilot Cafe iaitu Fahrin Ahmad turut sama mempunyai babak adegan aksi intim. Hmmmmmm.

fahrin ahmad pilot cafe

Tidak diketahui pula dengan siapa Fahrin Ahmad melakonkan aksi intim tersebut. Namun Fahrin Ahmad mengakui dirinya berasa malu dan gementar apabila merakamkan babak tersebut. Nasib baiklah Fahrin cuba untuk buat ‘one take’ sahaja. Kalau ulang banyak-banyak kali mesti lagi malu dan gementar. Kata Fahrin:-

Sehingga ke saat ini saya masih berasa malu dan gementar untuk melakonkan aksi-aksi intim bersama pelakon wanita dalam sesebuah drama ataupun filem. Filem Pilot Cafe paling membuatkan saya gementar kerana banyak adegan memerlukan saya beraksi sedemikian sampai saya berasa malu.

Saya akan pastikan saya memahami sesuatu babak itu dan kehendak pengarah sebelum memasuki set penggambaran dan akan cuba tidak mengulang adegan intim berulang kali.

fahrin ahmad pilot cafe

Nampaknya filem arahan Osman Ali ini telah mendapat publisiti yang agak meluas kerana adegan-adegan intim para pelakonnya. Adakah ia akan mampu menarik penonton ke wayang? Sama-samalah kita nantikan. Sumber Mstar Online.

April 19th, 2015

Sudah memberitahu untuk tidak lagi tampil berpakaian seksi dalam  lakonan, ramai pihak yang mempersoalkan keputusan Izara Aishah setelah tersebarnya foto babak seksi dan intim beliau bersama Remy Ishak di dalam filem Pilot Cafe.

Aktres itu menjelaskan beliau tidak pernah meletakkan sebarang syarat dari segi lakonan tetapi terpaksa melakonkan babak seksi atas pemintaan pihak produksi meskipun beliau merasa tidak selesa.

Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi. Namun, dari segi lakonan pula saya tidak letak syarat apa-apa. Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon. Asalkan saya tahu menjaga diri dan batasan.

Kali pertama memegang watak utama dalam filem, Izara mengakui beliau agak berdebar untuk melihat hasilnya jika penonton suka ataupun sebaliknya. Membawa karakter penuh emosi, ia merupakan satu cabaran yang agak besar buat dirinya.

Ramai letak harapan tinggi terhadap filem ini dan sedikit sebanyak ia buat saya rasa tertekan, apatah lagi memikirkan bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya.

Watak saya kali ini berat dan banyak bermain dengan emosi. Saya juga banyak menangis dalam filem ini.Babak menangis dan babak melahirkan anak paing susah dan mencabar.

Jika sudah membuat perjanjian untuk menjayakan sesebuah filem, kadang-kala agak susah untuk artis menolak arahan pengarah untuk melakonkan babak yang tertentu meskipun merasa kurang selesa. Benda dah lepas tidak boleh buat apa-apa dah.

Sumber Berita: Malaysian Digest