April 22nd, 2015

Filem Pilot Cafe yang bakal ditayangkan pada 30 April ini nampaknya banyak mengundang kontroversi. Selain daripada topik anak luar nikah yang dibawa oleh filem ini, adegan intim antara Izara Aishah dan Remy Ishak juga membuatkan banyak pihak mengkritik aksi tersebut. Abang Nara masih belum menonton filem ini, namun selain Izara dan Remy, seorang lagi pelakon Pilot Cafe iaitu Fahrin Ahmad turut sama mempunyai babak adegan aksi intim. Hmmmmmm.

fahrin ahmad pilot cafe

Tidak diketahui pula dengan siapa Fahrin Ahmad melakonkan aksi intim tersebut. Namun Fahrin Ahmad mengakui dirinya berasa malu dan gementar apabila merakamkan babak tersebut. Nasib baiklah Fahrin cuba untuk buat ‘one take’ sahaja. Kalau ulang banyak-banyak kali mesti lagi malu dan gementar. Kata Fahrin:-

Sehingga ke saat ini saya masih berasa malu dan gementar untuk melakonkan aksi-aksi intim bersama pelakon wanita dalam sesebuah drama ataupun filem. Filem Pilot Cafe paling membuatkan saya gementar kerana banyak adegan memerlukan saya beraksi sedemikian sampai saya berasa malu.

Saya akan pastikan saya memahami sesuatu babak itu dan kehendak pengarah sebelum memasuki set penggambaran dan akan cuba tidak mengulang adegan intim berulang kali.

fahrin ahmad pilot cafe

Nampaknya filem arahan Osman Ali ini telah mendapat publisiti yang agak meluas kerana adegan-adegan intim para pelakonnya. Adakah ia akan mampu menarik penonton ke wayang? Sama-samalah kita nantikan. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...