Remy Ishak Kongsi Pengalaman Lakonkan Aksi Romantik Bersama Izara Aishah

Hiburan

Remy Ishak Kongsi Pengalaman Lakonkan Aksi Romantik Bersama Izara Aishah

Remy Ishak sekali lagi telah terpilih untuk berlakon didalam filem arahan Osman Ali yang terbaru Pilot Cafe diadaptasi dari novel cinta popular karya Ahadiat Akashah.

Memegang watak pemuda kampung bernama Rashid, beliau terpaksa melakukan beberapa babak mencabar disamping aktres Izara Aishah yang memegang watak sebagai Maya.

Advertisement

Buat Remy, babak yang dirasakan paling susah untuk dilakonkan adalah babak ketika watak Rahsid dan Maya berasmara di atas batu.

Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya. Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu. Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

Aktor tersebut juga turut mengalami kecederaan kecil apabila kakinya tercucuk batu karang yang berada di celahan batu tersebut.

Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan.Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu.

Jika lihat trailer dibawah memang panas aksi Remy Ishak dan Izara Aishah berasmara di atas batu. Nampaknya pengarah di Malaysia semakin berani untuk tampilkan aksi sebegini dan para pelakon juga tidak dapat berbuat apa-apa atas alasan mengikut arahan.  Mungkin babak asmara boleh menarik perhatian ramai dan menjadi pelaris buat sesebuah filem.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...