Written by AbangNara | April 24th, 2015

Menarik juga pengalaman yang dikongsikan oleh Remy Ishak ketika melakonkan babak intim bersama Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Adegan tersebut dirakamkan di tepi pantai dengan ombak yang begitu kuat dan batu karang di bawahnya. Walaupun sekadar lakonan semata-mata, kesukaran dan cabaran yang dihadapi ketika merakamkan babak tersebut jelas membayangkan kemarahan Tuhan dan alam kepada mereka yang melakukan maksiat. Fuh!!!

pilot carfe

Kata Remy Ishak:-

Adegan itu dilakukan di antara dua buah batu yang besar dan kami berada di atas batu dan dipenuhi batu karang di bawahnya. Apa yang seram ketika itu adalah untuk menghadapi setiap ombak yang datang. Ini kerana ombak itu berlalu seperti mahu menelan kami sekali ke dalam lautan. Ada ketika bila ombak itu datang dan pergi, saya perlu berpaut kepada batu untuk mengelakkan diri daripada hanyut dibawa arus.

Walaupun dalam wayang kita lihat babak itu hanya sekejap , tetapi saya yang melakonkan dapat merasai apa yang berlaku. Saya dapat rasa betapa kemarahan tuhan dan alam kepada dua orang yang melakukan perbuatan terkutuk pada ketika itu juga, walaupun hanya sekadar lakonan. Ia seperti benda betul berlaku.

Di bawah tapak kaki saya, sehingga sekarang masih lagi mempunyai kesan berlubang akibat daripada adegan tersebut. Itulah ibarat betapa marahnya alam pada mereka yang melakukan maksiat.

izara

Cuak kan? Itu baru berlakon. Kalau ada yang ‘adventure’ nak buat maksiat tepi pantai, lupakanlah sahaja hasrat tersebut. Jadikan pengalaman Remy Ishak ini pengajaran. Kang tak pasal-pasal kena telan ombak. Tak pun terhempap kena batu karang sampai cedera parah. Tak ke sedih? Sumber Utusan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

69 responses to Remy Ishak Dapat Rasa Kemarahan Tuhan & Alam Ketika Lakonkan Babak Intim Filem Pilot Cafe

  1. merah says:

    eleh, dlm rasukan ablasa yg di potong pastu terlepas gak kat youtube tuh acaner? Tak rasa ker kemurkaan Tuhan? siap DD pejam2, putih2 biji mata tuh.

  2. yna macaspac says:

    saya memang penyokong filem-filem tempatan… nak-nak lagi kalau filem-filem besar macam ni.. tapi rasanya scene macam ni tak perlu untuk lariskan filem.. cukup dengan jalan cerita yang menarik dan pelakon yang hebat.. contohnya masa zaman sembilu, maria mariana… tak de pun adegan macam ni tapi filem tu jadi sebutan sampai sekarang….

  3. Anonymous says:

    dh muak cite2 melayu yg peluk2 sakan ni…mcm xdek modal nk lakukan cite mesti ade part2 yg choiii

  4. lynn says:

    Dapat rasa kemarahan Tuhan? Tapi teruskan jugak adegan tu?
    Sungguh manusia itu bongkak dan sombong

  5. anonym says:

    tak ada citer lain daripada drama di astrok sampailah ke panggung asyik citer ZINA…tak abis abis …. ALLAH S.W.T hindarilah generasi anak kecil dan muda dari gejala ini ..amin ya rabal al amin