October 14th, 2009

hinss hinss kembang lubang idung kami bila dapat email jemputan dari Astro untuk hadir Press Conference Sehati Berdansa semalam. Yelah, kami kan peminat susah mati Scha Al-Yahya, so apalagi sanggup tu pegi conference tu semata-mata nak amik gambar Scha.

Gambar-gambar korang tengok ni eksklusif tau, semuanya gambar amik sendiri. Wpon kamera kami muncungnya tak setebal cameraman lain yg pro, kami berjaya gak dapat amik gambar ngan Scha after tunggu lamaaaaaa~

Sehati Berdansa musim ke 3 dah weh, korang penah tengok ke? masa p/c semalam havoc gila ngan Kak Didie Alias – anak dah 6 pon badan bergetah gituuw. Sapa pasangan Sehati Berdansa Musim ke 3 ni? Jeng Jeng Jeng~~

Apa kata korang senaraikan dgn tgk gambar aja? Cuba kita tengok skit..samada korang ni betul2 kenal artis ke sekadar belasah baca gosip aja! yeahhh mari mari mari…ada 10 pasangan yer.

Oklah kami kasi satu hint dulu laaa..

1. Didie ALias & Suami Nor Isham
2.
3.
…………………..

p/s: gambar eksklusif Scha – tungguuuuuuu~~~

October 8th, 2009

sehati berdana

Ini bukan ajakan untuk pergi menge”mop” lantai untuk program Sehati Berdansa. Mementang la kena menari atas lantai, mesti ramai yang salah faham. Konon-konon kami ajak pergi bersihkan lantai untuk program diorang nie. Takder keja kami nak menyeksa anda semua, pembaca-pembaca yang amat kami hargai.

FlashMob Sehati Berdansa nie macam ramai-ramai orang kumpul satu tempat, lepas tue semua buat satu tarian yang sama bersama-sama. Tak kiralah tarian poco-poco ke, joget lambak ke. Yang penting semua kena buat pegerakan yang sama. Tapi jangan risau, kalau korang pergi nanti, compem ada otai-otai yang akan lead korang untuk buat FlashMob nie.

Nie details tentang FlashMob Sehati Berdansa. Mana la tau Fahrin, Scha ngan Awal pun ada time tue. Leh ajak diorang menari sekali. Ada sesapa nak pergi? Kalau berminat tinggalkan komen kat bawah ye. Mana tau leh wat gathering terus time tue.

Pada | 11 Oktober 2009
Hari | Ahad
Masa | 12.30 – 3.30 petang
Tempat | Ampang Point Shopping Centre, Ampang Selangor
(berkumpul di Secret Recipe, berdekatan dengan My Mom’s Chicken Rice)

Jom ramai-ramai serbu ~~~

September 15th, 2009

scha host sehati berdansa

Murah rezeki betul artis kegemaran kami nie. Dah confirm Scha Al Yahya akan jadi host rancangan Sehati Berdansa bersama dengan pakwenya Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari. Nampaknya Linda Onn dah ditolak ke tepi dan digantikan dengan Scha yang lebih hot dan mengancam. Lagipun kan lagi elok kalau Fahrin diapit dengan Scha berbanding dengan Linda Onn time program tue nanti.

Tapi sebenarnya kami risau jugak dengan kemampuan Scha nie. Dia tak pernah jadi pengacara rasanya. Mampu ke dia nak hos rancangan Sehati Berdansa nie? Harap-harap sebelum dipilih dah dibuat uji bakat terlebih dulu la. Kalau setakat nak guna kepopularitian percintaan Scha ngan Fahrin untuk femeskan program nie memang kami amat-amat tak setuju. Harap-harap Scha dapatlah bersedia. Kang nanti kena kutuk pulak.

Buat Fahrin, bagilah tunjuk ajar kat awek anda tue. Time nie la nak tunjuk macho. Masa nie la nak guna ilmu yang ada di dada untuk dikongsi bersama dengan si dia. Baru makin naik saham nanti. Buat Scha, all the best. Kami yakin anda boleh buat. Chaiyok-chaiyok.

P.S: Terkejut kami baca tajuk ruangan hiburan Berita Harian semalam pasal Scha dan Fahrin putus kasih. Baca punya baca rupa-rupanya Scha mintak orang jangan asyik citer pasal gosip bercinta dia jer. Dia nak orang judge dia berdasarkan mutu lakonan dia. Bukan sebab percintaan dia dengan Fahrin. Bagus betul la budak Scha nie.