September 24th, 2014

ND Lala dan Shila Amzah hari ini melahirkan rasa kekecewaan yang amat sangat apabila konsert sulung penyanyi tersebut difitnah mendapat tajaan syarikat judi. Di sidang media sebentar tadi, ND Lala telah menafikan sekeras-kerasnya wujudnya tajaan sebegitu. Malah apabila fitnah tersebut timbul, ND Lala telah mengarahkan pihak penganjur mengambil semula gambar bunting untuk melihat sendiri penaja-penaja konsert anaknya itu.

shila amzah

ND Lala juga telah memaklumkan yang dirinya sebagai seorang orang Islam tidak sekali-kali akan menerima tajaan daripada syarikat sebegini. Fitnah ini baginya telah menjatuhkan maruah dirinya dan keluarga. Malah Shila Amzah turut memaklumkan yang ibunya menangis mendengar dakwaan ini. Kata Shila:-

The reason why saya pulang ke Malaysia padahal memang saya ada kerja di China for this PC adalah saya sangat tersinggung dengan tulisan yang media katakan khususnya suratkhabar K**** yang mendakwa konsert saya ditaja syarikat judi.

Ini benar mencabar reputasi saya sebagai seorang muslim, sebagai seorang yang berhijab. dan kepada ayah saya yang begitu mendukung budaya dan agama. Tiba-tiba kononnya saya buat benda yang dalam pengetahuan dia dan benda itu salah.

Saya amat terkilan apabila benda ini berlaku. If you can’t write something nice, don’t write anything about me. Saya tidak boleh terima perkara ini. To watch my mom cry because of this, itu adalah perkara yang paling sukar untuk Sha tengok.

shilaSebenarnya ada lagi kata-kata yang lebih panjang dituturkan oleh Shila Amzah dan ND Lala ketika sidang media ini. Namun Abang Nara mengambil yang benar-benar penting untuk tatapan anda. Yang pasti, tiada tajaan syarikat judi dan dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati dan tidak lagi mempersoalkan kontoversi yang telah melanda penyanyi hebat ini.

Apa pun, Abang Nara respek dan hormati usaha pihak ND Lala dan Shila Amzah yang sanggup balik ke Malaysia walaupun mempunyai jadual yang sibuk di China. Semoga dengan usaha ini, hubungan Shila Amzah dan para media kembali jernih. Shila sudah pun memohon maaf, jadi di kesempatan ini Abang Nara juga ingin memohon maaf atas kesilapan tulisan. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua.

UPDATE: Mengenai jemputan kepada pihak media Melayu, ND Lala memaklumkan yang mereka hanya tiba di Malaysia 3 hari sebelum konsert. Jadi segala hal jemput menjemput diserahkan kepada penganjur. Menurut ND Lala, dia telah menerima salinan email yang menunjukkan bahawa pihak penganjur telah menjemput kumpulan Utusan dan Berita Harian.

September 22nd, 2014

Kontroversi yang melanda Shila Amzah sememangnya menjadi perbualan paling hangat antara peminat dunia hiburan sejak minggu lalu. Hari ini penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza turut sama telah memberikan pendapatnya mengenai kemelut yang melanda Shila Amzah dan media Melayu. Hari ini juga, Abang Nara menerima satu email daripada seorang pembaca BeautifulNara yang agak menarik untuk dikongsikan bersama anda semua.

shila amzah

Sekiranya anda peminat Shila Amzah, luahan hati ini juga amat sesuai untuk bacaan anda. Bacalah dengan hati terbuka. Abang Nara tahu anda sayang dengan penyanyi kesayangan anda. Namun janganlah sampai teguran yang baik pun tak diendahkan. Berikut ialah email yang diterima:-

D ibawah adalah tulisan saya buat Shila Amzah. Sekiranya sudi bolehlah jika di post di laman beautifulnara, jika tidak mungkin boleh disampaikan kepadanya.

Sudah lama saya perhatikan Shila Amzah dan para peminatnya. Jujur saya katakan, ya dahulu saya meminati beliau. Shila memang mempunyai bakat yang besar dan dia mampu untuk pergi jauh dalam kerjayanya. Namun begitu, saya mulai kurang gemar dengan dia bukan sahaja akibat gossip2 di media namun kerana saya mengikuti sendiri account twitternya pada masa itu.

Lama kelamaan saya dapat lihat bahawa Shila Amzah kurang matang dalam menangani apa jua hal. Baik tulisan wartawan dalam mana-mana artikel ataupun tulisan daripada peminat yang cuba menegur beliau di twitter.

Sebagai seseorang yang sudah menginjak usia ke 24 tahun dan pernah merancang untuk berkahwin, seharusnya Shila lebih matang dan tangani tulisan-tulisan negatif itu semua dengan lebih tenang. Cara yang betul harus digunakan bukan dengan menyalahkan seratus peratus ke atas orang yang menulis itu. Ambil yang jernih dan positif dari tulisan-tulisan itu dan yang negatif lemparkan sahaja dan dibuang jauh-jauh. Tetapi tidak perlu lah hendak membalas balik dengan kenyataan-kenyataan seperti diri sendiri sesuci kain putih dan orang yang menulis itu sejahat-jahat manusia.

Ingatlah! Cara kita mengangani tohmahan menunjukkan kematangan. Kematangan membuatkan orang respect kepada kita. Dengan perangai Shila yang lebih kepada kebudak-budakkan, tidak mustahil satu hari nanti Shila akan hilang nama. Sayang jika bakat yang ada terbuang begitu sahaja nanti.

Saya juga kurang gemar dengan peminat-peminat fanatik Shila Amzah. Bukannya saya hendak menghentam, namun anda semua seharusnya menaikkan lagi nama artis pujaan anda. Bantu dia untuk terus maju dan maju lagi dengan kerjaya nya. Bukannya ikut sama naik menghentam orang-orang yang menulis tentang dia.

Memang benar bak kata Shila mungkin “Media Melayu” lebih berminat akan kisah peribadinya. Tapi harus diingat, tidak akan datangnya cerita jika tidak dijadikan sendiri oleh tuan empunya badan. Ingatkah Shila bahawa dulu jarang sekali ada gossip tentang dirinya. Namun semuanya berubah sejak drama sebabak Shila yang melarikan diri dari keluarga setelah kecewa dahulu. Lupakah dia? Jikalau tidak ada drama sebabak itu dan Shila terus tenang dalam menangani hal peribadinya tidak mungkin wartawan akan menulis dengan coverage yang begitu besar sekali. Bukan begitu?

Hari ini mungkin Shila di atas, hari ini mungkin Shila disanjung oleh bak kata peminat2nya “Media Cina”, tapi esok lusa? Percaya kata saya bahawa satu hari nanti bukan sahaja media, namun peminat bakat Shila Amzah pun akan mulai jelek dengan sikap dia dan peminat-peminat fanatiknya yang suka menghentam orang lain kembali.

Saya cuma mahu Shila untuk lebih matang, begitu juga dengan peminat-peminatnya kerana bakatnya terlalu besar untik disia-siakan.

Kita tidak akan selamanya di atas. Beringatlah!

Sekian.

shila amzah

Apa pendapat anda? Kalau anda peminat Shila Amzah dan mahu meluahkan apa yang terbuku di hati, sila hantarkan email ke [email protected] Sila tulis dalam bahasa baku dan menggunakan perenggan. Secara jujur, Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara yang mahu mendengar pendapat anda dalam hal ini. Tak gitu?

September 22nd, 2014

Inilah yang dinamakan lebih sudu daripada kuah. Sesungguhnya peminat boleh menaikkan dan menjatuhkan nama artis itu dalam sekelip mata. Malangnya sejak kebelakangan ini, para peminat Shila Amzah dilihat seringkali mengeluarkan kenyataan yang ‘membunuh’ penyanyi tersebut. Selepas menimbulkan kontroversi dengan media Melayu, kali ini segelintir peminat Shila Amzah dilihat seperti sengaja mencari pasal dengan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

shila siti

Menariknya fitnah yang dilemparkan oleh peminat Shila Amzah ini telah mendapat perhatian Datuk Siti Nurhaliza sendiri. Kalau Abang Nara jadi Datuk Siti pun, memang panas hati dibuatnya. Nasib baik beliau seorang yang ‘cool’. Teguran yang diberikan memang pedas. Kalau tak terasa, tak tahulah nak kata apa.

shila siti

Selain daripada fitnah di atas, terdapat jua seorang lagi peminat Shila Amzah yang telah membuat kenyataan yang pastinya membangkitkan lagi rasa marah para media Melayu. Sekali lagi nama Datuk Siti Nurhaliza digunakan dalam contoh yang diberikan. Hmmmm.

shila siti

Nasihat Abang Nara, mungkin Shila Amzah perlu buat perjumpaan dengan para peminatnya dan menasihatkan mereka agar tidak terlalu taksub sehingga menimbulkan kekecohan. Lebih baik berdiam diri buat seketika sehingga kontroversi lega. Kalau hari ini Datuk Siti Nurhaliza, entah esok lusa penyanyi lain pula yang akan menjadi mangsa mereka. Diharap perbuatan ini dihentikan secepat mungkin. Apa kata anda?

December 19th, 2012

Kadang kala, ada pembaca BeautifulNara yang berkongsi luahan hati mereka menerusi email kepada Abang Nara. Ada yang tulis panjang lebar, ada yang pendek-pendek sahaja, ada yang tak sesuai dan ada yang memang sesuai untuk dikongsikan bersama anda semua.

SHILA AMZAH

Seperti yang anda ketahui, semenjak dua menjak ini agak banyak kontroversi yang telah ditimbulkan oleh Shila Amzah. Terbaru ialah episod merajuk oleh cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad enerusi Twitter. Mungkin kerana itu, seorang yang ingin dikenali dengan nama LisaSha telah menghantar satu luahan panjang lebarnya terhadap Shila Amzah seperti di bawah:-

Salam Nara,

Saya terpanggil membuat sedikit teguran kepada seorang penyanyi yang meningkat naik popularitinya sejak kebelakangan ini, Shia Amzah. Bukan niat menjatuhkan beliau atau menghina beliau tetapi sekadar teguran dari seorang hamba yang kerdil kepada seorang hamba yang kerdil yang lain.

Dari masa ke semasa melihat perkembangan diri Shila Amzah memang begitu memberangsangkan. Bermula dari kemenangan beliau di Shanghai dan terusan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Tahniah di ucapkan.
Namun begitu saya sedikit kecewa dengan sikap dan tingkahlaku beliau sebagai artis wanita islam. Pada pandangan saya sebagai wanita, tidak manis rasanya setiap memaparkan kisah peribadi beliau terutamanya kisah percintaan beliau kepada umum. Kisah peribadi beliau sewajarnya menjadi rahsia diri dan keluarga demi menjaga nama, maruah dan juga karier.

Tidak dapat dinafikan, para peminat ingin mengetahui perjalanan karier dan juga kisah peribadi artis kesayangan mereka dari masa ke semasa. Tidak salah berkongsi perjalanan karier dengan para peminat beliau tetapi perkongsian kisah peribadi perlu dihadkan. Sudah memadai jika beliau mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama pasangannya.
Tidak manisnya untuk beliau berpegangan tangan, mencium tangan dan juga mengungkapkan kata “cinta hati saya” kepada umum apatahlagi perkara sebegini saya dapat dilihat disetiap majlis dan anugerah. Sebagai wanita islam, beliau sewajarnya menjaga setiap gerak geri dan tutur kata yang menyebabkan wujudnya pandangan negatif dan tomahan dikalangan manusia. Apatahlagi beliau kini sudah berhijab.

Tidak salah untuk bercinta namun islam mempunyai batas-batas dalam pergaulan dan tuturkata agar dapat mencerminkan diri sebagai islam sejati dan menjadi contoh kepada masyarakat luar sana. Namun sebagai remaja yang dilamun cinta tidak dinafikan beliau adakala tersasar dari garis panduan yang ditetapkan.

Beliau mempunyai bakat dan juga pendidik seni iaitu ayahnya yang begitu arif kehidupan anak seni. Sewajarnya beliau merujuk perkara-perkara sebegini kepada keluarga terutamanya agar niat menjadi anak seni yang berjaya menjadi kenyataan. In Shaa Allah.

Akhir kata, saya memohon agar Shila melihat teguran ini dari sudut pandangan positif untuk memajukan kerjaya beliau dan menjaga agama, adat serta maruah sebagai anak seni islam. Jangan biarkan perkara dan tingkah laku sebegini mencacatkan perjalanan seni dan juga mengundang pelbagai tomahan dan cacian pada diri dan keluarga.

Saya sekali lagi memohon maaf dari penulisan saya sekiranya mengundang kebencian kepada peminat-peminat Shila. Ditegaskan bukan bertujuan menghina tetapi sekadar teguran ikhlas dari insan yang lemah lagi kerdil. Agar sama-sama menjadi garis panduan buat kita semua. Sekian.

Abang Nara melihat ada betulnya kata-kata si LisaSha ini. Semoga Shila Amzah mengambil teguran ikhlas ini untuk kemajuan diri sendiri di masa hadapan. Shila masih muda dan masih banyak peluang untuk terus berjaya dengan lebih cemerlang di dalam karier seninya. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

P.S: Gangnam Style ialah video YouTube paling popular sepanjang tahun 2012.